Posts

Showing posts from July, 2017
Image
Antara pesan asuhan Ustaz Dhuha kami bahawa hidup ini bukan hanya tentang diri. Hidup adalah untuk memberi dan bermanfaat kepada yang lain. Persis itu kata-katanya; yang selama ini sangat menyalakan sukma. Ia juga akhirnya membuat rasa kasih dan kasihan seperti garis laut yang kelihatannya sangat tidak bertepi. 
Image
Subhanallah. Benar, saat rawan atau kekosongan yang mengisi, pada detik yang sama dia mampir persis tahu apa yang sedang berulang alik di dalam sana. Kembali bermohon dengan Allah. Pertajamkan salawat. Rapikan rasa keindahan terhadap Rasulullah. Cuba dibawa dalam kehidupanmu akan permulaan Iftitah. Allah yang Maha Besar. Lagi sempurna kebesaran-Nya. Maha Suci Allah sepanjang pagi dan petang. Mudah mudahan ia bujukan sakti untuk pilu dan resahmu pergi.
Image
Beberapa kali bekalan yang saya siapkan untuk AM ke sekolah, akhirnya terbiar di atas meja. Sama ada AM terlupa atau sengaja tidak mahu bawa. Saya pernah menangis dan berjanji kononnya tidak mahu siapkan lagi bekalannya. Bapak juga ada memberikan duit belanja; jika perlu digunakan. Jadi saya tidak begitu berasa bersalah. Kemudian janji saya cepat berubah apabila kecintaan saya menyediakan makan pagi untuk keluarga, masih terus ada. Ikrar yang boleh saya patuh dan leraikan juga. Ia sangat mewakili hati saya yang selalu juga berubah. Ya, ia datang dan pergi seperti angin ribut taufan. Saya selalu mengharapkan orang lain akan bahagia dengan apa yang saya sandarkan di bahu mereka. Bukankah enak rasanya apabila kita dipercaya. Bukankah satu keberuntungan apabila kita menjadi tempat berlindung. Saya teringatkan selendang merah magis yang masih tersangkut di tempatnya. Mahupun si mawar merah. Saya selalu mahu kembali mendapatkan lunak dan hangatnya.
Image
Melihat buku kira-kira AM di rumah yang banyak bertanda merah, membawa saya kembali ke kerusi sekolah. Saya juga seperti AM yang sering gagal dalam ujian matematik. Saya tidak tahu apa yang diajar guru, faedahnya untuk masa depan saya, ketika itu. Sekarang memikirkan dungunya saya terhadap kira-kira dalam kehidupan, saya menyesali pernah mengecam mata pelajaran itu malah selalu mencela kerja rumah yang tidak masuk akal. Ya, sekarang hampir usia  separuh abad atau mungkin saja tinggal sedikit bakinya, saya menebak saya akan jadi bijak menilai apa yang berlaku dalam masyarakat sekarang jika saya menguasai ilmu kira-kira di sekolah dahulu. Misalnya menjawab persoalan, mengapa wang yang diperoleh daripada hasil kerja harus saya berbahagi bukan sahaja untuk ibu bapa malah kerabat, sahabat, anak yatim, faqir, mereka yang meminta-minta atau  juga yang tidak. Dengan hukum matematika, mungkin saya lebih faham mengapa zakat yang sudah disalurkan, maka tidak akan ada lagi kesengsaraan. Mungk
Image
Saya tidak pernah akan melupakan wanita pikun ini. Usianya lanjut mencecah 80-an. Sepanjang bersama-samanya sejak kecil, saya melihat susuknya yang sangat melindungi. Suaranya lunak tapi pada ketika tertentu akan kedengaran mahu dimanjakan. Atau pada dentingan lain, saya seperti disergah untuk bangkit saat kaki terasa begitu lelah dan lengan rengsa saya berpaut pada semangatnya. Dia si pikun yang tidak pernah menyerah kecuali bulan terakhirnya. Saya banyak bercerita tentangnya khusus menerusi entri tahun 2013. Nenda Merah. Itu gelar saya buatnya. Merah juga sudah saya beritahu sebagai warna kecintaannya. Merah adalah ghairah, gelora, sukma, kuasa dan, malah cinta. Ya, dialah Nenda saya yang sudah berpulang, dan hari ini bukanlah tarikh akhirnya atau lahirnya. Bila-bila, malah setiap hari namanya tetap terisi dalam dada. Dia yang istimewa akan selalu ada. Nenda Merah berpulang tepat pada Tahun Baru Cina dengan baju merah yang merupakan pakaian terakhirnya. Malah doktor yang datang
Image
Banyak cara Allah mahu mengasuh hati kita yang masih belum bersih bersih. Antaranya dengan dibawakan pancingan yang berupa hasutan, godaan mahupun sanjungan; saat diyakini kita sangat tulus. Dalam kita berdukacita, kecewa atau bungkam dengan jurus pandang orang lain terhadap ketulusan tadi, Allah membawa cahaya menuntun kesedaran. Ia merupakan kaedah mensaksamakan kembali antara niat dengan amal. Ya, di situlah kantung keikhlasan ditimbang. Dan, ternyata benar, memang sukar sekali untuk mengharungi jalan berikhlas hati. Ia tidak jarang membawa kita berdiri lama di tikungan atau pun paling tidak  kembali membawa kita mencongak congak akan apa yang sudah kita perbuat. Justeru takdir yang indah,  dibawakan dia doa ini: doa cahaya untuk kalbu. Cahaya di langit. Cahaya rahmah. Cahaya hikmah.
Image
Cerpen terkini Terima kasih kepada Editornya, Sdr Mohd. Nazmi Yaakub yang menyiarkan cerpen Rinai di Perkebunan,  16 Julai 2017, Berita Harian. Beberapa sahabat yang bertanyakan hubungan ilustrasi dengan kandungan cerpen. Tidak ada vespa dalam cerpen. Dan keseluruhan cerpen tidak diwakili gambarnya. Cerpen ini antara pengalaman saya mengenali satu susuk terindah di sebuah perkebunan teh di Ranau beberapa bulan sudah. Ya, sebuah ruang persujudan.  Masjid Nalapak, Ranau
Image
Alhamdulillahi Rabbil alamin. Saya tiba di halaman terakhir al-Qur'an usai Isya' malam tadi. Diajukan sahabat akan doa khatam al-Qur'an dan baru kali ini saya benar-benar memasuki tiap aksara dan baris maknanya, walau sebelum ini pernah mendengarnya berkali-kali. Allah ya Allah, mudah mudah al-Qur'an kian memimpin, sebagai cahaya, petunjuk dan rahmah buat hati saya yang masih belum bersih bersih. Ini bukan hanya kisah khatam, tetapi saya menerima al-Qur'an sebagai yang selalu menemani tanpa sebarang syarat mahupun pembatasan. 
Image
Sdr sedar, kita sudah memasuki hampir separuh Julai 2017 dan sudah melepasi setengah Syawal 1438. Allah ya Allah. Bacaan al-Qur'an saya juga kian melepasi Juz Amma lagi. Bermakna saya hampir dapat menamatkan bacaan sebulan sekali; yang kali terakhir semasa Ramadhan. Subhanallah. Ia tidak pernah dapat saya lakukan sebelum ini. Saya bersyukur sekali kerana masih diberi ruang menumpang kemuliaan Ramadhan untuk terus dengan al-Qur'an.  Begitu juga bersama-sama sahabat al-Qur'an yang sering penuh mengingat dan berpesan akan isyarat yang Allah sampaikan. Cuma soalan untuk hati saya yang masih kotor ini, sedalam mana saya mahu turut?   
Image
Beberapa minggu ini halaman surah yang dibaca seperti banyak menunjuk arah tentang kemuliaan infaq. Subhanallah, sehingga malam tadi, surah al Ma'arij masih menumpukan kisah orang yang mengumpul harta dan menyimpannya. Begitu sebaliknya orang yang menyediakan bahagian tertentu daripada hartanya untuk mereka yang meminta atau tidak. Sebelumnya dalam ayat akhir al Munafiquun yang mengingatkan lagi bahawa jika Allah mahu menundakan kematian, betapa yang manusia mahu lakukan adalah sadaqah. Allah ya Allah. Tangan kecil saya masih memohon. Kaki tua saya masih cuba melangkah bagi mendapatkan sahabat sejiwa yang mahu mendukung upaya kami menyantuni anak-anak yatim. Dalam saya menahan sebak, tiada yang menyahut, saya didatangi kekuatan ini daripada seorang sahabat yang memujuk. Dibawakannya tafsiran al Hajj: 27, saat Nabi Ibrahim berdiri di Bukit Qubais, ragu ragu akan seruan hajinya sama ada didengar atau tidak, justeru Allah meyakinkan bahawa Dia yang akan menyampaikan. Maka benar se
Image
Musim saling mengunjungi dan makan (lagi) sempena bulan Syawal ini, saya juga menerima tetamu syurga yang sudi mampir. Meraikan mereka turut bermakna saya harus memastikan pinggan mangkuk mencukupi. Saya mudah cemas jika bilangan yang datang lebih daripada lima kerana ia menuntut tampungan masakan yang sukar saya congak; mencukupi atau kurang. Dan saya pula bahagia menyambut mereka di meja makan dengan masakan sendiri. Bermakna ia melibatkan Z yang harus ke pasar. Z dan AM juga  risau dengan jumlah pinggan mangkuk dan sudu garfu kami yang sedikit. Saya meninjau rak, pinggan mangkuk yang tidak pernah bertambah sejak dua puluh tahun lalu. Saya tidak menyimpan set pinggan makan. Apa yang ada itu yang digunakan seharian malah masih yang turut jarang digunakan. Saya teringat zaman dahulu, kebanyakan surirumah mempunyai almari pinggan mangkuk khas untuk diperaga di penjuru ruang tamu termasuk Emak. Semua perhiasan itu hanya digunakan pada hari raya ataupun apabila menerima tetamu ist
Image
Penjuru Sukma Hujung minggu yang padat. Seperti tahun-tahun lalu, harus meraikan sahabat dan kerabat yang mahu merakam kesyukuran dengan jamuan lebaran dan rumah terbuka. Allah ya Allah. Sebenarnya saya lebih berasa tidak selesa daripada gembira untuk acara makan dan makan. Jadi, saya berjanji hanya akan menjamah dan tidak mengambil air manis. Di samping ingatan seorang teman, jalinkan silaturrahmi. Justeru saya cuba akur. Dan pada saat yang sama saya menjamah pulut kuning dan rendang ayam, mencari kuih lama seperti bangkit, batang buruk atau biskut ma'amor, rindu saya jauh menyelinap ke penjuru sukma ini yang terkepung antara jalan gunung dengan berjaraknya kami. Alangkah saya dapat bersimpuh di ruang persujudan ketika angin dingin perkebunan membawa salam antara celahan dindingnya yang bersegi-segi. Saya mahu duduk berdiam, memaknakan sebenar akan Syawal. Kembali mengenang Ramadhan yang baru lalu dan yang diharapkan pada tahun mendatang. Ya, saya mahukan Syawal yang di lua
Image
Foto lama Saya percaya Sdr akan bersetuju dengan saya. Kekuatan naluri dan kurniaan nurani itu seiring, apalagi apabila ia berkaitan dengan mauduk al-Qur'an yang menjadi kecintaan. Kelmarin saya diziarahi sahabat disertai kedua ibu bapanya yang saya turut kenal sejak lama. Ibunya yang memang mengajar al-Qur'an dan sekarang membangunkan Rumah Ngaji di Pagoh. Subhanallah. Saya juga mengenali seorang sahabat yang merupakan anak kepada guru ngaji (sejak kecil mengaji yang saya maksudkan adalah belajar al-Qur'an) yang masih sempat bertadabbur di mana juga dia berada dengan kedudukannya sebagai orang besar. Subhanallah. Ingat kisah saya bertemu watak pikun Syawal ini, pada usia hampir 100 tahun, dia masih memangku al-Qur'an. Sedang saya yang lalai dengan makna surah yang saya baca. Berkali-kali dalam al-Qamar yang baru usai, ditanya tidakkah diambil pengajaran daripada apa yang menjadi sejarah. Maka, sayalah itu. Saya yang lupa, keliru dan cuai dan segala kata khilaf.
Image
Foto yang mungkin ironi untuk mewakili perasaan saya. Kedudukan tempat tinggal mahupun kampus tempat saya mencari rezeki, sangat jauh dari garis pantai. Saya selalu mahu dekat dengan firus laut mahupun menerima sapaan angin kering yang asing namun mahu bersahabat. Ternyata ia seperti kasih sayang yang sangat rahsia sifatnya. Ia boleh sahaja beruntaian tanpa perlu bersua. Benar sekali apabila Syawal kali ini saya bertemu dengan dua susuk pikun yang sekian masa menyimpan rindu sejak saya baru kenal buku. Subhanallah. Kebetulan saja saya membaca baris Sonet 7 Sapardi, tulisnya,   ada jarak yang harus ditebas kalau kita mahu menerima pertemuan ini dengan ikhlas. Allah ya Allah. Suz, terima kasih lagi fotonya. 
Image
Surah Dhuha , membawa banyak terjemahan. Saat nenda terbaring di Hospital KTP, saya pernah menemaninya dengan surah pujukan ini (entri 28 Januari 2013) .  Dan lebih agung kisah bujukan ini adalah kesedihan Rasulullah yang berasa berjarak dan ditinggalkan, setelah sekian masa tidak menerima perutusan daripada Allah. Dan pasti hanya Dia Maha Tahu mengapa berlakunya jeda. Galaunya hati Rasulullah itu seperti dapat saya terjemahkan apabila ketika yang sama saya rasa berjarak dan ditinggalkan menunggu, ya pada saat Dhuha. Mahu memujuk sendiri, saya membaca berkali kali surah ini. Mahu belajar lebih lagi untuk bersyukur dengan setiap nikmat yang dikurnia kala saya bingung atau berasa kurang. Sedang bukankah sudah saya diberi sekian tuntunan dan kecukupan. Subhanallah. Saya mahu mula menghentikan segala rasa berjarak atau ditinggalkan pada setiap waktu Dhuha datang, dengan doa agar dilerai segala perihal menanti dan menunggu yang kian mengikat. Saya mahu seperti sebelumnya, bersimpuh se
Image
Mahu terus dalam rangkulan Ramadhan. Maka ada yang sedang meneruskan puasa Syawal. Dengan kecintaan yang menyala-nyala, masih yang meneruskan bacaan dan tadabbur surah suci malah menjunjungnya dengan erti dan tafsiran yang terkait dengan pertelingkahan dalam diri. Subhanallah. Sangat mencintai malam al Qadr, hingga sepertiga malam masih dihidupkan dengan solah dan zikrullah. Mengingati Ramadhan adalah memberi, ada yang sudah mengatur rencana menyantuni si murba lagi. Allah ya Allah. Apa yang sudah saya perbuat sepanjang seminggu Syawal ini. Apa hadiah Syawal setelah sekian bulan kononnya saya berjuang?