Posts

Showing posts from February, 2009
Image
38 jilid sirah
helainya harum
dari tinta yang
dibancuh kental oleh fikir dan indah.

38 jilid sirah
terselit antaranya
seharum huruf
semerbak kata
sekembang ayat
setaman cerita
sekuntum mawar.

38 jilid sirah
adalah
kuntum-kuntum
mawar.

mahasiwa buat kejutan dengan kek hari lahir yang enak ini, kad ulang tahun dan 13 kuntum mawar, di kelas tutorial! slide foto2 saya dan lagu oh mawarku mengiringi kejutan indah yang tak mungkin saya lupakan. ulang tahun kali ini juga diterima kiriman sms puisi ini dari adinda Nazmi Yaakub. terima kasih kepada semua atas ingatan dan kasih sayang! ketulusannya begitu saya rasakan.
Image
Februari merupakan bulan raikan cinta dalam keluarga mahupun sahabat. ramai yang menyambut hari lahir. pesta februari! ibu saudara saya yang turut bergembira dengan kek ulang tahun sangat menyenangi lagu lama ini. nostalgia katanya. dan saya sering ingatkan ibu saudara yang disayangi itu setiap kali mendengar lagu ini...narasi cinta. selamat panjang umur untuk semua!



Andy Williams - Love Story
More at MP3-Codes.com
Image
Saya penggemar cokelat sejak kecil. pernah berhenti sekejap, tapi sekarang semakin menjadi2. dan gemar juga mencuba pelbagai resepi cokelat khususnya kek. saya mencuba yang ini ahad lalu dan ternyata mendapat reaksi dari kawan2 begitu baik sekali. baur 2 telur + 1 1/2 cawan gula pasir. tambah tepung 1 3/4 cwn + serbuk penaik 1 sudu teh + serbuk koko 3/4 cwn. masuk 1 cwn susu cair. tambah cairan mentega 3/4 cwn. dan akhir sekali tuang 1 cwn air panas. bakar 165c selama 50 min. untuk tambah enak, cairkan sedikit mentega+susu cair dan cokelat masakan selama 1 min dalam ketuhar microwave dan siramkan atas kek yang hampir sejuk. cuba ya!
Image
Saudara dipersilakan hadir saat warga fakulti kami meluahkan sedih, kecewa, marah, derita dengan apa yang berlaku di Gaza dalam acara Baca Puisi Keamanan Gaza (FSSK - Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM) 2009 pada 13hb Februari ini di Dataran Dewan Kuliah 3B301 bermula jam 11 pagi hingga 4 petang. selain baca puisi, sdr boleh menyumbang dengan membeli barangan/makanan dari tapak bazar. datang dan berikan reaksi dengan pakaian MERAH, okie!
Image
Semalam hujan begitu lebat. dan pagi ini saat memandu ke kampus, saya melihat pagi yang bersih. seperti selalu, hujan adalah sebuah dukacita jika tidak sebaliknya. ya, pagi ini saya melihat kesedihan di bahu jalan, anjing kecil seperti dalam belasungkawa yang dahsyat di sisi saudara atau sahabatnya yang kaku dihurungi burung-burung. saat yang sama James Blunt berkata, give me reason, but don’t give me choice, cause i'll just make the same mistake again. ya, itu antara makna hujan juga...