Posts

Showing posts from March, 2008
Image
Hujung minggu lalu saya yang pelbagai wajah. dari kejutan dan kesedihan dengan beberapa pemergian dalam keluarga, kepada seluruh syukur atas kehidupan baru - kelahiran yang kami terima. setiba di rumah, saya melihat ixora dari jendela dapur sedang kembang meriah sekali. menjadikan taman kecil kami merah! apalagi dengan si rama-rama kecil yang datang singgah. saya rasa terpujuk dan cepat mencari balang...
Image
Sewaktu berada di Nanyang, setiap hari saya berada dalam perut panjang kereta api untuk ke kampus. Saya banyak membaca kehidupan menerusi setiap tingkap yang ada. Ia ternyata menawarkan pelbagai lukisan, gerakan bersama dengung lagu yang masih dalam bayangan hingga kini. Saya rakamkan dalam halaman cerita antaranya "Cerita dari Tiga Jendela Kereta Api" ( Berita Minggu , Mac 16, 2008).
Terima kasih Salsabila kerana membawa xiang si dou bersama kenangan lalu! Saya membaca xiang si dou juga lambang cinta dalam lagenda, puisi dalam baris novel The Dream of the Red Mansion ( Hong-lou-Meng ). Kisah airmata Pao-Yu bila dipisahkan daripada teman jiwanya, Dai-Yu. Dan bagi saya xiang si dou adalah makna kasih sayang yang selalu merah membara, cinta yang riang sering mahu dibawa bersama ke mana-mana dan seperti dalam puisi, "ia terus mengalir tanpa henti seperti air di kali".