Saya



Dilahirkan pada 27 Februari 1971, Singapura. Memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) (1995) dan Sarjana Sastera (1997) dari UKM; Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang kesusasteraan bandingan dari Nanyang Technological University, Singapura  (2006). Beberapa tulisan akademik beliau terbit dalam jurnal dan majalah serantau. Beliau merupakan pengulas cerpen Dewan Siswa sejak 2007 hingga kini. Buku terbarunya ialah Kelestarian Persuratan Melayu (Penerbit UKM, 2023), Alam Sekitar dalam Novel (Penerbit UKM, 2022) dan Narasi Musim Wabah: Antologi Cerpen Covid (Penerbit UKM, 2021). Kumpulan cerpen beliau ialah Zel (1998), Montaj II (2002), Masitah (2007, 2009), Narasi Gua dan Raqim (ITBM, 2013, 2014), Dan Coklat Mengalir dari Ruang Buncah (DBP, 2015) dan Narasi dari Tanah Selandia Baru dan Kisah Lainnya (DBP, 2021).  Antara pengiktirafan yang diterima ialah menerusi  Hadiah Sastera Utusan Melayu-Public Bank @ Hadiah Sastera Kumpulan Utusan-Exxon Mobil, Hadiah Sastera Perdana Malaysia dan Hadiah Sastera Darul Takzim. Beliau merupakan penerima Anugerah Akademik Negara 2018 (Seni dan Kreativiti) dan SEA Write Award 2018. Pernah menjadi Profesor Pelawat di Universitas Negeri Jogjakata, Indonesia (2020) dan Penulis Tamu di Asia Creative Writing Program, Nanyang Technological University-National Arts Council of Singapore (2023). Kini merupakan Profesor Madya dan Ketua Kluster Warisan Melayu (2020-2023) di Pusat Kajian Bitara Melayu, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, UKM; pengkhususan beliau adalah sastera bandingan dan kreativiti. Boleh dihubungi di mawar.safei@ukm.edu.my