Posts

Showing posts from November, 2014
Image
Saya menyanyikan lagu Selimut Putih ketika Alif Matiin membuat persediaan untuk subjek tauhid, memahami nama-nama malaikat dan tugas masing-masing. Hingga selesai ujian tauhid sekolah agama, Alif Matiin masih suka mendengar lagu tersebut. Saya juga jadi insaf apabila tiba di baris, janganlah mahu disanjung-sanjung, engkau digelar manusia agung. Sedarlah diri tahu diuntung, sebelum masa keranda diusung. Ya, Allah sesungguhnya Engkau suka mengampuni hamba-Mu, maka ampunilah kami. Ampunilah kesombongan dalam hati kami, walau kami tahu tidak masuk jiwa yang angkuh dalam syurga-Mu...
Image
Cerpen terbaru saya. Lagi tentang coklat, kembangan daripada "Dan Coklat Mengalir dari Ruang Buncah" (Mingguan Malaysia, 27 Februari 2011).


Dalam keluaran Dewan Sastera 10, 2014.  Terima kasih kepada Editor, Sdr Fadli, yang memilih cerpen ini.
Image
Saya fikir, saya antara yang kerap menyimak emel. sama ada di pc atau telefon tangan. entah, saya suka melihat apa pesanan yang masuk. tabiat itu mungkin sdr jumpa dalam kebanyakan peribadi orang yang sdr kenali. tapi sejauhmana pula kita memberi maklumbalas terhadap emel yang diterima itu? adakah membiarkannya sekian hari, minggu? Saya teringat di NTU, saya pernah diberitahu ketua akan memanggil mana-mana tatausaha yang tidak memberi sahutan terhadap mana-mana emel yang masuk. Ya, harus selalu menghormati, itu asasnya. Walaupun jawapan belum dapat diberi, sekurang-kurangnya ada tanda terima. Ini luahan perasaankah? Lebih kuranglah!
Image
Salam takziah buat sahabat saya, Prof Madya Dr Mohd Zariat Abdul Rani, atas pulangnya bonda yang dikasihi. Saya mengenali Zariat sebagai anak soleh yang setia bersama bondanya sejak dulu. Latar pulang yang indah, sebaik kedua-duanya selesai solat subuh pada pagi Jumaat. Saat saya meninggalkan Zariat di Masjid UPM, jenazah bondanya sedang dibaringkan di hadapan saf yang panjang dan berlapis-lapis... alfatehah.
Image
Latar terindah dalam perjalanan saya ke
negeri  pantai Laut China Selatan minggu ini.
Masjid Sultan Ismail, Chendering.