Posts

Showing posts from March, 2014
Image
Terima kasih kepada mahasiswa kursus Cerpen Melayu kerana menjadikan Inilah Karangan Saya: Narasi Penciptaan Cerpen, sebagai buku teks dalam kuliah semester ini. semoga bermanfaat.
Ternyata fenomena mh370 membawa pelbagai narasi yang misterius dan tidak terjangkakan. saya juga pernah berada dalam pesawat yang sama. itu adalah takdir yang kita tidak tahu lagi makna yang mahu dikirim. peristiwa mh370 dihantar agar manusia kembali kepada Allah dengan seluruh rasa rendah hati. bentangkanlah segala apa yang bernama teknologi. tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan-Nya untuk diketahui nanti apa yang sebenarnya terjadi...Allahu taala a'lam.
Doa tulus dari Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar al Hamid.  Kita semua milik Allah dan kepada Allah kita kembali. Sebab boleh pelbagai, tetapi kematian adalah satu.
Image
Dalam kehidupan yang dijalani, banyak jawapan yang belum kita temukan. kita akan berhenti lama di satu tikungan untuk bertanya dan menunggu. dan kita tahu Allah menyimpan sahutan-Nya hingga pada suatu ketika. sepanjang menanti ketika itu tiba, keimanan akan membawa kita ke ruang pemikiran. saya bercakap tentang manusia yang tewas kepada teknologi dan kuasa yang berdiri seperti susuk gergasi. menerima banyak catatan tentang MH370 di telefon atau tv, saya sebenarnya sangat bersyukur. rupanya, saat berhadapan dengan ragam ujian begini, ia membawa banyak orang kembali kepada Allah dan al Qur'an. Maha Suci Allah.
Image
Saya pernah melalui jalan yang sama ini beberapa tahun sudah. mendengar kisah seorang pelajar yang terlepas penerbangan MH370  kerana keliru dengan masa berlepas iaitu pada 0030, dan itu pengalaman saya juga. perasaannya terhimpit antara bersyukur dengan simpati. saya turut dapat merasakannya. saya dapat membayangkan perasaannya apabila mengambil pesawat ganti keesokan pagi. saya namakan ini sebagai suratan, apabila waktunya tiba... innalillahi wainna ilaihi rajiun.
Image
Ini hadiah dari sahabat. alhamdulillahi rabbil alamin. terima kasih Sha. hasil kerja tangannya sendiri. saya memang mengenali Sha sebagai sahabat yang kreatif  bukan hanya berbakat dalam penulisan malah hasil kreatif dalam bentuk begini. menurut Sha, boleh lihat lanjut di instagram @windsorartstudio... dan saya tidak tahu apa-apa tentang instagram ini...
Image
pernahkah sdr menangis saat melihat turunnya hujan? dulu pernah saya menamakannya sebagai pathetic fallacy . alam sering bersama cuaca jiwa. ya, pasti dalam banyak doa yang sdr tadahkan untuk dimakbulkan akhir-akhir ini ialah agar datangnya hujan. ya hujan. betapa kita mahukan hujan setelah panas yang begitu panjang menguji. dan tiba-tiba kebakaran di tepi jalan hampir di mana-mana. kemudian pula sewaktu memandu kita dihadang dengan jerebu. memasuki bulan ketiga kemarau, beberapa petang lalu, sebaik memberi salam kedua solat asar, hujan mencurah-curah di atap rumah. ya Allah. betapa rindunya saya pada bunyi guruh dan bau hujan yang bertemu dengan panas yang berkumpul sekian lama di atas tanah! saya segera ke jendela, menyelak langsir jarang, sangat bahagianya melihat hujan! hujan! alhamdulillahi rabbil alamin, jadikan hujan ini sebagai rahmat buat kami!
Image
Buku kajian terbaru tentang Anwar Ridhwan, antara tokoh yang banyak mempengaruhi kepengarangan saya di peringkat awal. buku dari tesis phd ini adalah karangan Dr Tengku Intan Marlina, Universiti Malaya. ia mahu saya dapatkan untuk menambah himpunan rujukan tentang tokoh Sasterawan Negara ini,