Dalam kehidupan yang dijalani, banyak jawapan yang belum kita temukan. kita akan berhenti lama di satu tikungan untuk bertanya dan menunggu. dan kita tahu Allah menyimpan sahutan-Nya hingga pada suatu ketika. sepanjang menanti ketika itu tiba, keimanan akan membawa kita ke ruang pemikiran. saya bercakap tentang manusia yang tewas kepada teknologi dan kuasa yang berdiri seperti susuk gergasi. menerima banyak catatan tentang MH370 di telefon atau tv, saya sebenarnya sangat bersyukur. rupanya, saat berhadapan dengan ragam ujian begini, ia membawa banyak orang kembali kepada Allah dan al Qur'an. Maha Suci Allah.

Comments

Rositah Ibrahim said…
Salam.
Baru perasan komen yang mawar tinggalkan pada catatan lalu saya yang tidak seberapa. Terima kasih.

Ya, akhir-akhir ini kita banyak dihimpit kegelisahan. Himpitan yang menyedarkan kita bahawa ada kuasa yang perlu kita letakkan pergantungan.

Semoga kita tabah menempuh ujian ini.
Mawar Safei said…
Itah
makanya ujian buat kita kembali kepada Allah...