Posts

Showing posts from December, 2014
Image
Minggu ini di mana-mana kita bercakap tentang banjir dan ia membawa kepada banyak percakapan lain - soal kepimpinan, soal pengurusan, soal amanah, soal kewangan, soal kepercayaan ... Selalu pula saya menyangka, baiknya dengan musibah banyak orang sempat berfikir lebih dalam, lebih pertimbangan. Ya, baiknya dengan kepayahan mengharung air separas pinggang atau mengenang isi rumah yang tenggelam atau terputusnya jalan perhubungan, fakulti otak berselerak dengan fikiran mengapa ia menimpa kita. Baiknya, akhir sekali ia membawa kita kepada keperluan untuk lebih dekat dengan yang Menggerakkan air deras, hujan yang lebat pejur, awan hitam yang menutup langit. Baiknya, apabila kita menerima musibah sebagai rahmah. Waktu saya menulis ini, ada silau matahari pagi di laman rumah. Saya tahu matahari sangat dirindui kala ini sebagaimana bau hujan begitu ditunggu-tunggu suatu ketika dahulu apabila musim panas yang panjang.  Tiba-tiba saya jadi begitu malu untuk mendongak  melihat langit yang cera…
Image
Mudah-mudahan dapat sertai .... insya-Allah.
Image
Saya sering merungut pada Zahar bila ada peluang mengambil udara tasik di sini sambil berjalan waktu pagi. Banyak yang terbiar dan tidak dipelihara sebaiknya. Dari tandas, ruang pejabat (jendela dan seni hiasnya sangat memikat), pojok minum dan kebersihan tasik sendiri. Bagus sekali program pengindahan ini. Saya hampir mahu menulis surat kepada pihak bertanggungjawab. Nampaknya, tidak perlu lagi ....
Image
Beberapa waktu ini saya sering bertanya, dan tidak pasti adakah ia datang dari hati atau kepercayaan yang dikhianati. Saya berasa sangat lelah kemudiannya apabila mendapati tiada sahutan terhadap semua kerumitan yang datang. Atau mungkinkah saya memperoleh jawapan dalam setiap pertanyaan itu, malah.
Image
Saya pernah menulis sebuah cerpen remaja, "Ankylo", dalam Dewan Siswa, lama dulu.  Kemudiannya saya baru tahu, Zahar, tidak percaya tentang kewujudan makhluk purba ini.  Katanya, semua itu rekaan. Sedang Alif Matiin sangat suka dengan kisah reptilia itu dalam buku Alam Semulajadi yang dibelikan bapak. Elok juga saya hadir acara esok.