Posts

Showing posts from February, 2010
Image
Saya gilakan cokelat dan hadiah hari lahir kali ini merupakan pemberian yang sungguh comel. cokelat pelbagai bentuk, warna dan perisa ini dalam kotak merah yang dikirim dengan penuh kasih sayang dan ingatan yang sangat manis. terima kasih Kak Ina! ps: sesiapa yang mahu memesan boleh hubungi Kak Ina (jiran kami yang budiman), Taman Harmoni, Bandar Teknologi Kajang dengan harga yang sangat ok!
Image
Saya meninggalkan kampus lewat senja ini dengan kepala yang sangat berat dan keletihan yang saya jinjing beberapa hari. mengenang esok 12 rabiul awal, saya mahu segera tiba di rumah. membersih diri dan mencari buku tentang Dia. membaca kembali kisah Dia yang mulia dan saya akan kembali merindui... salawat dan salam ke atas Rasulullah!
Image
Kepada semua, jemputlah ke tempat kami!
Image
Aduh, kejutan! terima panggilan telefon, anak teman kami pengsan di sekolah sebelum masuk waktu ujian pagi ini. terus teringatkan si Mohican kami, Alif Matiin. saya mahu dia bermain sahaja di kelas tadikanya. jangan stress belajar atau dipaksa hafal itu ini dan diberi kerja rumah pula! saya teringat masa kecil kami girang ke sekolah, menyanyi dan bermain. aduhai cikgu, tolong jangan buat anak saya pula pengsan di sekolah. kasihanlah si kecil kami...
Image
Saat cuaca panas dan kering begini, saya mahu sahaja berlari ke desa yang baru kami tinggalkan. di bawah pohon besar di laman rumah yang lebar, makan tengahari bersama, dengan angin panjang yang datang, saling mengusik dan bertukar cerita. sedang anak-anak berkejaran riang mengira rama-rama yang mendatangi daun dan bunga. aman dan sejahteranya! ya, di bawah pohon besar yang melindungi itu...
Image
alhamdulillah, sekian lama menunggu, minggu sudah, buku baru saya berada di kedai Penerbit UKM. terutama Puan Saadah Jaafar, terima kasih atas usaha gigih menerbitkan buku tebal ini. ingatan yang istimewa buat Prof Madya Dr Hadijah Rahmat, mahaguru saya yang banyak budinya ke atas penulisan Novel Intertekstual Melayu. TERIMA KASIH!
Image
Saya akan selalu ingat pesan lama, biasakan dengan 3 perkataan ini: terima kasih, maaf dan tolong/mohon. pagi ini saya naik angin, buku-buku saya yang dipinjam sekian lama, apabila diminta semula, kata wakil si peminjam, buku-buku itu masih di kedai xerox. wah, bila pula saya izinkan untuk dibuat salinan? pantang sayamenyalin buku yang boleh dibeli. kedua, pantang saya orang tidak gunakan tiga perkataan dari pesan lama itu - terima kasih kerana meminjamkan buku. maaf saya lewat memulangkannya. maaf saya tidak maklumkan bahawa saya mahu membuat salinan. saya mohon, buku-buku itu dibuat salinan. tolong ya... amboi banyaknya pantang larang! heh!!!
Image
Pada sebuah pagi cuti panjang yang baru lalu, saya menikmati nyaman desa di bawah pokok dengan abah. banyak yang menjadi cerita setiap kali berbahagi masa dengan abah. kali ini kisah cantik abah tentang dua batang nyiur yang berdiri tinggi di balik rumah lama atuk dan rumah baru yang sedang kami bina di tanah pusaka. "Abah tanam sehari selepas menikahi mak." aduh, manisnya cerita lama yang ditutur abah sendiri. cerita dari jiwa!
Image
Gong xi fa cai, xinien quaile. menonton iklan CNY Maybank yang baru, mengheret saya kembali ke belakang pentas opera Cina di Whampoa lebih 30 tahun lampau. anak perempuan bertocang dua bersama sepupunya, nakal menjengkit mengintai pelakon perempuan dan lelaki menghias muka sebelum berdoa untuk memulakan persembahan. datuk cepat menarik kami ke hadapan pentas kembali. duduk bersila, sedang muzik opera asyik bergentingan...
Image
Malam tadi lewat berita di tv dan pagi ini di akhbar maya, antara berita utama adalah kes curi pasir di BTK. hey, itu berhampiran rumah saya! bukankah setiap hari melepasi lorong ke Kajang Hill Golf, banyak lori keluar masuk dan ada lelaki yang sibuk menjaga pintu berpalang. hey, mereka pencuri rupanya!
Image
Dalam kuliah sarjana yang baru lalu, kami membincangkan pengarang dunia. antaranya pemenang Hadiah Nobel Derek Walcott yang banyak mengutip metafora dari akar Carribean. itu antara kunci kemenangan. kepengarangan Melayu, apa kurangnya? kita banyak menyelak tradisi, menafsir pantun atau membaca semula lipur lara. kemudian menulis dalam sarat perumpamaan...
Image
Hanya mahu bercerita pengalaman ngeri semalam. saya muntah dan pitam seusai menderma darah. bp jadi rendah. isunya bukan tidak makan sebelum itu, tapi menderma sebaik selepas makan tengahari. bila terjaga di wad dalam kampus, doktor menjelaskan, saya dalam kategori yang perlu ada jurang masa makan lebih awal satu jam sekurang-kurangnya sebelum menderma. oh, begitu pula! saya belajar daripada itu dan harapnya ingatan untuk sahabat juga. aduhai, masih terbayang saya seperti tiada lagi di sini waktu jasad berada di perut ambulans... terima kasih saya buat semua yang membantu.
Image
Apa pula isyarat mimpi ... saya girang berada di padang salju? bersama sahabat lama dan ibunya yang saya rindu.
Image
Peribadi, saya senang dengan "kejutan-kejutan". tapi janganlah "mengejutkan" sehingga yang menggemparkan!
Image
Mahu lihat hubungan dunia perubatan dengan sastera? Jemputlah datang!
Image
Buah durian dibuat pengat, aduh, manisnya hujung minggu saya!