Posts

Showing posts from September, 2016
Image
Banyak perihal  AM yang mudah membuat dada saya penuh dan akhirnya menolak kesebakan saya keluar. Mengenang pertama kali dia berdiri sendiri tanpa kami memegang tangan kecilnya, hingga sekarang melihat dia berdiri hampir setinggi saya. Membesarkan anak memang ujian yang Allah datangkan untuk ibu dan ayah. Menerima semuanya itu hampir memadam ujian lain yang sampai tidak lebih seperti angin. Pernah saya rasakan ujian yang tiba itu hampir tidak memberi kesan deria sama sekali. Dan kembali mengenang AM, saya seperti mahu menatap lama si kembang biru ini. Si cantik ini.
Image
Pernahkah sdr bosan dengan dunia maya yang sdr jalani setiap hari? Sdr bosan dengan whatsapp group? Sdr bosan dengan FB? Di dalam wilayah SNS itu sdr memaksa diri bersuara dan ketawa. Ia menjadi negeri pura-pura yang sangat memualkan. Kemudian sdr mahu sahaja meninggalkannya dan kembali ke negeri asal. Negeri Sunyi.
Image
Insya-Allah saya akan hadir!
Image
Setiap pagi minggu saya menumpang duduk di kelas dhuha Surau An Nur yang masyhur di Bandar Baru Bangi. Surau An Nur seperti kembar kepada Darul Syifa, rumah rawatan yang dimiliki tokoh ini. Begitulah ikatan yang jauh antara kami. Sempat juga dalam kesibukannya masih muncul dalam kuliah dhuha kami. Untuk ilmu itu, saya menganggap saya ini muridnya. Begitu saya membaca tulisannya juga. Hari ini dengan penuh kerendahan hati, saya merakam rasa penghormatan ini buat Almarhum Ustaz Haron Din yang menuju jalan pulangnya pagi tadi. Al fatehah.
Image
Menyertai pengurusan jurnal akademik, membentangkan saya tentang kepentingan nama dan kewujudan. Saya antara yang tidak mendukung menulis dalam rombongan. Satu makalah ditulis beberapa nama. Apatah lagi nama-nama yang hanya menjadi penumpang kenderaan rombongan tersebut. Apatah lagi nama-nama yang tidak ada langsung hubungan dengan bidang.  Namun satu kejengkelan yang datangnya seperti gergasi adalah saya baru tahu tentang sejarah menulis dalam rombongan ini adalah lima ribu nama dalam sebuah makalah tentang penyelidikan gelas di Glasgow. Jika tidak silap saya tulisan itu tidaklah juga melebih dua puluh halaman. Begitulah dunia dengan perihal nama. Ya, sangat sebal.
Image
Salam Eidul Adha.  Salam pengorbanan buat saudara.
Image
Terima kasih kepada Sdr Nazmi Yaakub, Editor Sastera Berita Harian kerana memilih cerpen "Suara dan Cintanya". Cerpen terbaru saya ini dititip kepada sahabat saya yang mencintai suara azan.
Image
Minggu ini bermula kuliah semester baru. Kuliah seawal jam 8 sangat menguji mahasiswa saya untuk duduk di dewan kuliah tepat waktunya. Saya juga harus mengelak kesesakan pagi keluar ke jalan utama. Semakin banyak muncul fasa perumahan baru di sekeliling taman purba kami. Ia memberi kesan besar hatta lima minit lewat atau saya akan berhadapan dengan perlumbaan di tempat letak kereta fakulti pula. Saya selalu mahu memastikan saya berada di hadapan mahasiswa tepat jam 8. Saya berharap mahasiswa semester ini menghargai apa yang dilakukan saya setiap pagi Selasa dan Khamis untuk 14 minggu mendatang. Selamat bangun pagi!