Posts

Showing posts from September, 2009
Image
Kisah Dr N mengapa akhirnya dia memilih menjadi psikologis dan bukan ahli matematika. kisah lama seorang lelaki yang mengalami rayanan. saya mahu rehat, saya mahu pulang dan tidur. Dr N, pasti sahaja meminta lelaki itu berbuat demikian bila melihat dia begitu lelah dan tidak bermaya. beberapa jam lelaki itu pulang, dan Dr N mendapat panggilan lelaki itu mati di tangan sendiri. oh, saya mahu sahaja memindah cerita ke atas kertas. foto dirakam saat kami makan malam di muzium seni Baltimore (BMA).
Image
Pertama kali saya ke stadium bola (sepak amerika), dan rasakan kemeriahannya. mungkin sahaja dengan angin dingin musim rontok (tanpa asap rokok, oh, di tanahairku, bolehkah menonton dan merokok?). saya juga harus ambil kisah, warna baju atau skarf apa yang harus disarung. jadi tidak tentu arah bila di hujung permainan baru menyedari saya datang menyokong Ravens (dan Flacco ungu) dengan skarf warna pasukan lawan, Browns! 0...0...
Image
Once upon a midnight dreary, while I pondered, weak and weary, over many a quaint and curious volume of forgotten lore, while I nodded, nearly napping, suddenly there came a tapping, as of some one gently rapping, rapping at my chamber door."'Tis some visitor," I muttered, "tapping at my chamber door — Only this, and nothing more." Saya bertemu Poe dan The Raven (1845) di sudut Inner Harbor.


Image
Saya kembara lagi di lebaran kali ini...
Image
Lebaran yang singkat sekali tahun ini! Namun kesempatan yang ada pasti saya mahu menghulur dan memohon kemaafan dari semua yang disayangi...
Image
Salam Saudaraku, maaf zahir batin dan salam idulfitri salam tulus, ~ mawar sekeluarga ~
Image
Dalam kuliah puisi di awal pagi, saya mohon mahasiswa jadi lelaki budiman seperti yang saya kenal pada almarhum Pak Usman Awang. saya titip puisi masyhurnya, Kekasih, sebagai petua jadi budiman, alunan Ibrahim Bachik. ah, saya tak akan jemu mendengarnya!

Akan kupintal buih-buih
Menjadi tali mengikatmu
Akan kuanyam gelombang-gelombang
Menjadi hamparan ranjang tidurmu
Akan kutenun awan gemawan
Menjadi selendang menudungi rambutmu
Akan kujahit bayu gunung
Menjadi baju pakaian malammu
Akan kupetik bintang timur
Menjadi kerongsang menyinari dadamu
Akan kujolok bulan gerhana
Menjadi lampu menyuluhi rindu oh …
Akan kurebahkan matari
Menjadi laut malammu
Menghirup sakar madumu
Kekasih hitunglah mimpi
Yang membunuh realiti
Dengan syurga ilusi …




Image
Pagi minggu yang basah dek hujan panjang malam tadi, saya memandu sendiri ke kampus untuk kuliah. Suara Brother Yusuf memujuk dengan All Kind of Roses - antaranya all kinds of roses, creatures, children, faces and lanterns but there’s only One God, only One God has a place in my heart ...
Image
Rindu pada masakan bonda antara yang sangat dirasakan dalam ramadhan begini. bubur nasi berempah bonda sering juga dihiasi sambal terasi - belacan, lada merah dicampur tomato dadu, perahan serta hirisan kulit limau dengan sedikit gula. saya semakin mahir mewarisinya...
Image
Karuna ke bilik kerja saya katanya, "saya mahu cipta Hang Tuah sebagai saudagar rempah." ah, menarik sekali. kajilah rempah ratus yang ada. saya terus teringat filem menarik The Mistress of Spices, si mata merak Aishwarya Rai. sila baca respons entri ogos 27, mungkin sdr (mahasiswa SKMM2083) dan sdr juga (yang berminat menyertai kembara Hang Tuah kami) dikurniakan ilham! antaranya Siraj mahu tulis kisah HT dan senibina Melayu.