Posts

Showing posts from July, 2011
Image
    Kenangan dari Hadiah Sastera Darul Ta'zim ke VII.
Image
Antologi terbaru saya bersama sahabat penulis lain. cerpen saya Cinta Masitah dijadikan judul. ini kali pertama cerpen saya dijadikan judul sebuah antologi. cerpen ini antaranya tentang laut, persahabatan dan ya, cinta.
Image
Sungguh mengilhamkan apabila mendengar kisah panjang Prof Dr Muhammad Yunus, penerima Hadiah Nobel (Keamanan) 2006, menubuhkan Grameen Bank untuk golongan kurang berkemampuan menerusi konsep microcredit. keistimewaan bank itu juga  bertentangan dengan bank lazim.antaranya bank itu tidak mendatangi orang kaya, tetapi sebaliknya. bank itu tidak di bandar, tetapi sebaliknya. dan bank itu tidak mendatangi lelaki, tetapi sebaliknya.
Image
  Sejauhmana agaknya kita dapat menerima kekalahan, kelemahan, kesilapan atau kekurangan diri? adakah kita akan terus berasa kitalah yang menang dalam tewas? atau kita mahu duduk membuka al Quran di bahu sungai yang mengalir jernih air dingin dari puncak gunung, dan berkali-kali memberitahu diri bahawa inilah saat kita mengakui mempunyai kerendahan hati dan mengagungi kebesaran dan kebenaran itu hanyalah ada pada-Nya...
Image
Antara rasa syukur dengan gembira atas kepulangan Zahar, saya meraikannya dengan membakar kepingan kambing - antara menu yang saya kian kuasai. dengan curahan sos campuran lada hitam, saya iringkan kentang goreng, brocolli dan coleslaw bikinan sendiri. Zahar seperti biasa mengucapkan terima kasih seusai makan dan bercerita lagi tentang perjalanan spiritualnya.