Posts

Showing posts from September, 2010
Image
Suatu petaka, apabila saya dapati Naratif Ogonshoto versi Matahari tiada di rak buku. ketika masih mencari-cari itu (masih menaruh harapan), saya dapati Naratif Ogonshoto versi Arsalia juga tiada. hei, ini petaka berganda bila dua buah buku yang sangat bermakna, hilang daripada simpanan. ada sesiapa yang pernah saya pinjamkan?

Image
Orang kata, merajuk pada yang sudi. bagaimana kalau guru pula merajuk dengan sikap malas dan ambil mudah anak muridnya? buku tidak dibaca, kerja rumah tidak dibuat. apa lagi, terimalah hukumannya!
Image
Saya sudah kembali ke pejabat dan rutin, setelah bercuti panjang sempena lebaran (baca: cuti rehat), kebetulan waktu yang sama mahasiswa juga bergembira dengan cuti pertengahan semester. saya kembali memandu awal pagi dan lewat petang, keluar masuk bilik kuliah/tutorial, kerja penyelidikan dan mesyuarat! hey, saya rindukan kamar kerja saya...
Image
Ramadhan kian meninggalkan. ya, semakin kita ditinggalkan. saya rakamkan catatan ini dalam mengenang sahabat @ saudara yang baik, Gunawan Mahmood yang meninggalkan kita buat selamanya pada Ramadhan 27 @ September 6. saya mengimbas kembali perjalanan sastera kami ke Padang 1996. al fatihah... terima kasih atas maklumat pemergian ini, adinda Wahyu Budiman Rendra (anak saudara allahyarham). Ren, teruskan perjuangannya!
Image
Image
Sudah dua hari berturut, Alif Matiin akan minta lagu Balik Kampung Sudirman dipasang kuat saat memasuki kereta. seronok benar nampaknya mahu balik kampung dan berhari raya. saya yang fikir kerja tak sudah, dipaksa menyanyi sama. oh oh oh balik kampung! hati girang...hey, rianglah mummy!