Posts

Showing posts from June, 2010
Image
Hari ini saya berada di luar garis monotonous. saya berasa sangat lega dan lega. molek juga kiranya saya lebih kerap bekerja di luar kampus...menghirup angin yang menyegarkan jiwa dan fikiran. mungkin sama segar saat disiram air dari tempayan dengan bunga wangi yang terapung ini... alangkah.
Image
Esok saya akan membentang kertas Penulisan Kreatif: Cabarannya dalam Kerangka Pengajian Melayu dalam Seminar Sebahtera IV (seminar tahunan UKM-UM). kali ini kami di APM, UM.
Image
Sekadar berbahagi cerita... alhamdulillahi rabbil alamin...
Image
Seingat saya kali terakhir saya disolek 13 tahun lalu tatkala menjadi raja sehari. saya ingat, saya menegah mak andam daripada merapikan bulu kening. akhirnya ia hanya dibentuk menerusi celak. siang tadi saya disolek untuk satu slot rakaman tv. saya cemas bila melihat muka sendiri di cermin. ops! saya semakin cemas bila mengetahui cara kening saya digaris adalah incorrect seperti makluman di sebelah ini. alamak!
Image
Saya baru kebah daripada batuk pusingan kedua. saya menerimanya sebagai ujikaji terhadap petua yang diberikan sahabat. cubalah ubat batuk sedap nian - ais krim vanilla (MESTI jenama wall's...ops). batuk pusingan pertama ternyata hilang selepas 2 hari menikmati ubat mujarab ini. kali keduanya saya berujikaji dengan jenama bukan ****. ternyata tidak berkesan. kemudian saya susuli dengan ****, alhamdulillah, dengan izinNYA, batuk saya pergi bersama angin .... terima kasih si pemberi petua enak ini!
Image
Sahabat saya sedang menguruskan pembelian rumah. dia sangat mempertimbangkan di mana letaknya penjuru untuk dia menulis. katanya, saya mahukan, bila saya menulis, saya dapat melihat pandangan yang memberi ilham dan semangat. seperti di hadapan muka jendela... mmm, saya terkenang meja kerja saya di rumah yang menghadap tembok kamar tidur. alahai...
Image
Kali ini pulang ke rumah mak, kami membawa balik kuini, pisang nipah dan betik. laman mak macam kenduri kuini. banyak yang gugur dan masih banyak yang bergantungan. pulang ke rumah, dapur saya harum dengan kuini yang mak bekalkan. lepas dihiris, dikisar, disaring, saya jerang bersama gula. enak rupanya jus kuini buatan sendiri walau persediaannya agak menjerakan!
Image
Di samping membersihkan semua salinan keras, saya turut menyusun semula kerja salinan lembut sama ada dalam komputer rasmi, komputer dalam tas tangan, kesemua 6 batang pemacu pena dan sekeping pemacu luaran... wah banyak kerjanya tu!
Image
Tulisan kecil saya, Hubungan Melayu-Cina dalam Cerpen Melayu (DS jun 2010). antara pengarang Cina yang sempat dibincangkan Akhbar Goh, Peter Augustine Goh, Jong Chian Lai dan Lee Keok Chih.
Image
Biasanya sebelum semester baru, saya akan membersihkan bilik kerja. banyak fail lama yang minta dibuka semula, memilih apa yang tidak perlu disimpan. namun sebaliknya saya jumpa nian banyak yang perlu terus diabadikan. antaranya saya menjumpai cetakan emel lama 1999 tentang 10 petua to get unstuck bila menulis: think of writing as a traffic light; go for a walk; talk about your idea; write something...anything; remember how good it feels to get it done; put it on the calendar; tell yourself it is only for 10 minutes; reward yourself; admit it AND just tough it out.



Image
Saya pernah bercita-cita mahu jadi penyiasat! saya ingat saya menyimpan sebuah buku nota yang mencatat peralatan penyiasatan saya seperti kamera, alat perakam dan pasti buku catatan itu untuk menjalankan kerja. membaca 5 novel pemenang tekal HSKU ini, Sri Rahayu Mohd Yusop, membuat saya kembali mencari buku nota lama itu...di mana ya?

Image
Keretapi agak akrab dengan jiwa Alif Matiin. selain teruja melihat keretapi dalam perjalanan pergi atau pulang dari sekolah, minatnya juga pada animasi Chuggington dan ini susunan legonya. pakar kanak-kanak, ada lapis makna kedua terhadap kecenderungan ini? nota: botol susu, sengaja diletakkan si pemiliknya...


Image
Sejak beberapa hari hujan pagi (ah, ini antara novel tahunan yang saya selak dan baca untuk sekian kali!), pagi minggu ini matahari yang cantik jatuh di laman belakang rumah; tapi inilah penjuru hadapan ketika saya berdiri dari jendela dapur. seraya membersihkan pinggan mangkuk, membancuh teh bersama lemon, melayan si Mohican bermain di kebunnya atau semata-mata mahu mendengar ketukan piano anak tetangga. bayang matahari yang cantik sekali!
Image
Seringkah saudara terhimpit antara dua bongkah batu besar, terkepung dan hampir tidak tahu ke arah mana harus pergi sebagai jalan keluar atau membuat keputusan. alangkah jika kita dapat melangkah antara himpitan itu dengan kata putus yang bijaksana, jujur dan itulah sebenarnya diri kita....semoga Dia memandu terus...