Di samping membersihkan semua salinan keras, saya turut menyusun semula kerja salinan lembut sama ada dalam komputer rasmi, komputer dalam tas tangan, kesemua 6 batang pemacu pena dan sekeping pemacu luaran... wah banyak kerjanya tu!

Comments

wardah munirah said…
Assalammualaikum, Dr. Mawar. Semoga sihat dan tenang selalu.

Wah, banyaknya alat pemacu Dr. Saya cuma ada satu saja sejak awal memasuki ASWARA. Dengan muatan 4G, masih banyak kawasan yang berbaki. Huhu, risau pula.
Mawar said…
W'salam Wardah
doa yang sama untuk Wardah juga. terima kasih.

ya, benar. malah saya ada beg kecil untuk simpan kesemua pena pemacu itu.

apa yang nak dirisaukan pula?
wardah munirah said…
Dr. Mawar, saya pun ada beg kecil tenunan tempua untuk simpan pena pemacu (istilah yang baru saya temui dan saya gembira menemuinya. yes!). Risau macam sedikit saja simpanan fail saya. hehe
Mawar said…
Wardah
oh tidak perlu risau. isi pena pemacu itu akan bertambah dan rencam mengikut masa dan usia. hehehe. saya pula mengisinya dalam semacam dompet kecil tikar mengkuang pemberian sahabat.
wardah munirah said…
Semoga begitulah, Dr. Samalah kita, Dr. Saya pun simpan pemacu dalam sebuah bekas kecil tenunan tempua yang diberikan oleh seorang guru saya. Sama-sama menggunakan pemberian orang sebagai tanda penghargaan atas ingatan berkekalan :)