Posts

Showing posts from September, 2017
Image
Menuju ranah asing sekian kali menyeret sama pelbagai renungan.  Seperti tulis SDD dalam Sonet 3 Kolamnya, jangan lupa, di sini ada yang gelisah. 
Image
Saya senang  berada di rusuk jendela kamar AM. Mudah sekali melihat apa yang dibentangkan di langit. Pernah bulan terhias di situ. Atau seperti waktu dini tadi, terletak bintang yang mengerdip dan membuat saya asyik sekali. Mahu menyertai tiap kali kerlipannya sehingga saya memberitahu mahasiswa dalam kuliah siang tadi, ia merupakan tanda mata, hadiah yang indah sekali buat saya. Malangnya mata mahasiswa saya kosong. Saya mahu saja berbahagi tiap rasa yang terucap di dasar sukma saat menatap si bintang sebutir itu. Saya berasa malu, sebenarnya, untuk berdiri lama merenung dia. Saya sebak dalam syukur, kerana hadirnya. Saya jadi terus menangis kerana siapalah saya yang mahu diberi-beri semua ini. Namun saya meragui adakah mahasiswa saya mengerti atau mereka selalu lupa baris apa yang merupakan nota kuliah yang harus disimpan atau membiarkan saja gurunya ini terus bercerita. Atau saya sedang melayan kedunguan sendiri tentang malu, sebak, syukur dan keharuan saya. Ya, masih tentang bint…
Image
Setiap kita pasti mempunyai keanehan yang tersendiri. Benar? Saya pernah ditertawakan teman-teman apabila mengeluarkan kantung merah sudu dan garfu yang dibawa dari rumah ketika makan di luar. Ya, saya mengelakkan daripada menggunakan sudu dan garfu yang disediakan  di kedai makan. Saya juga lebih selesa membawa air panas sendiri dalam kelalang. Ia setelah melalui beberapa kali pengalaman saya akan mudah mendapat sakit tekak dan demam apabila minum di luar. Pernah juga suatu ketika saya tidak akan menggunakan cawan yang sudah pernah digunakan oleh orang lain. Aneh? Mungkin tidak, atau ia lebih dilihat sebagai mengada-ngada. Dahsyatnya saya.
Image
Bagaimana hujung minggu Sdr yang panjang? Selain membaca dan menulis, dapur saya wangi dengan harum biskut Belgium. Seperti dalam mimpi cerpen lama saya, "Dan Coklat Mengalir dari Ruang Buncah", saya meneruskan dengan dulang kek coklat pula. Nikmat apabila melihat biskut yang gurih disejukkan di atas redai, kemudian mengisi ke dalam beberapa balang comel yang diikat reben. Kepingan kek yang dibahagi-bahagikan, menyeret saya ke ruang Rumah Coklat: “Bukankah kehidupan seperti sekotak penuh coklat dan kita tidak tahu coklat yang bagaimana bentuknya dan jenis apa yang kita akan terima.” Dia mengulang pula dialog Forrest yang banyak berlari dalam hidup. Atau sayakah itu yang mahu sahaja berlari apabila setiap saat bertemu dengan manusia yang menyarung pelbagai topeng. Dan sarung itu boleh ditukar-tukar. Sarung muka yang sentiasa ada di kantung baju. Ia mudah disimpan, diganti dan dikenakan dalam keadaan-keadaan tertentu. Saya mahu berlari dan berlari daripada topeng-topeng itu k…
Image
Hampir setiap semester kuliah saya bermula yang paling awal iaitu jam 8 dan ia mengambil masa selama dua jam. Saya berusaha sedaya mungkin untuk berdiri tepat waktu di hadapan kelas, meraikan mahasiswa, meraikan ilmu. Namun antara kekangannya adalah mahasiswa saya yang sering lewat kerana faktor bas kampus atau mereka sendiri yang terlewat. Pagi ini ada mahasiswa yang menyerah diri mengakui tidak hadir kuliah kerana terlewat bangun, hampir jam kuliah berakhir. Subhanallah. Soalan pertama saya Sdr sudah solah Fajr? Jam berapa Sdr masuk tidur malam tadi? Matanya yang mula penuh air, saya singgah antara cerita dengan separuh menasihati. Cerita saya tentang AM yang sering saya beritahu, meninggalkan solah bermakna kita menempah nama di pintu neraka. Antara ketakutan akan azab api yang menjulang,  juga harus selalu direnung apa rahasia solah yang difardhukan. Mudah mudahan ia pesan yang mengasuhnya menuju tahun baru esok. Mudah-mudahan azamnya  bangun  awal untuk solah dan bukan semata un…
Image
Saya menemui tafsiran ini sewaktu bertadabbur tentang kisah Ibu Nabi Musa yang kebingungan saat menghanyutkan anaknya di Sungai Nil. Allah memeliharanya daripada kegelisahan. Ternyata Ibu Musa  sudah dapat mengendalikan dirinya. Sukma yang sebegini jadi tidak lekas menggelora oleh sebarang rasa duka atau suka. Itu petanda dia sudah dapat memelihara imannya. Dia sudah percaya bahawa segala yang terjadi selalu ada hubungan dengan  kehendak Allah. Maka sukma orang beriman tidak  resah gelisah akibat susah atau tidak pula  gembira beriya-iya ketika ada yang menyenangkan hatinya. Saya ternyata jauh daripada sukma yang begitu. Jauh sekali.
Image
Impian saya adalah untuk tadabbur al-Qur'an dari sumber yang lenggok bahasanya saya senangi dan serasi. Maka dengan seribu syukur saya diperkenalkan dengan Tafsir al-Azhar karangan Hamka. Ikrar tafsir ini, diperkaya dengan pendekatan sejarah, sosiologi, tasawuf, ilmu kalam, sastera dan psikologi, saya kian menikmatinya sepanjang meneruskan surah an-Naml. Antaranya kisah Nabi Sulaiman dengan masyarakat burung, Negeri Saba' dan Ratu Balqis. Saya singgah pada doa Nabi Sulaiman Dawud, Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kedua ibu bapaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai. Dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu dalam golongan hamba-hamba-Mu yang soleh. Aamiin.






Image
Negara kelahiran saya melalui sejarah besarnya hari ini apabila Halimah Yaacob secara rasmi merupakan Presiden baru Singapura. Beberapa perihal menarik terkait dengan sejarah ini,  beliau adalah Presiden ke-8 ~ Presiden wanita pertama ~ Presiden Melayu kedua selepas Yusof Ishak ~ Menetap di flat HDB Yishun dan merupakan ahli Parlimen GRC Jurong. Syabas Puan Presiden.
Image
Sdr tentu banyak melalui kisah hujan. Dan ia kemudian menyeret Sdr ke capahan ruang sendiri dan sangat rahsia. Saya pernah kehujanan pada sebuah malam Ramadhan. Kami berjanji untuk berjumpa di ruang iftar. Ya, saya menunggu dan menanti hingga azan berbunyi dan semua pelanggan di rumah makan itu mula menikmati hidangan yang dipesan. Saya masih menunggu dan menanti di penjuru itu dengan segelas air suam ihsan dari pemilik kedai. Ternyata dia terus sepi sedang saya yang masih menanti. Perasaan dungu dan malu hingga saat ini masih saya dapat rasakan. Kemudian saya membelah dingin malam, hujan yang bersatu dengan hawa dalam gerabak mrt (ya, kenangan teman yang mungkir dan tidak peduli akan janji ini berlaku di Temasek), membawa langkah sebak saya pulang ke apartment. Anehnya saya tidak menangis seperti selalu apabila ditinggalkan. Namun hingga sedekad ia berlalu, babak kehujanan, tidak berpayungan, apalagi dengan tiada kepedulian pada janji dan kata maaf, semuanya berhimpun lama. Sesekali…
Image
Masih dengan cerita korban. Semasa meladeni Mak yang demam, kami berjanji untuk mula menabung bagi korban tahun depan. Satu hari RM2.00 selama setahun dari sekarang. Bunyinya kami seperti anak kecil yang seronok mahu mengumpul duit bagi mendapatkan sesuatu yang diimpikan. Subhanallah, mata Mak yang kelabu jernih seperti bintang yang cantik cuba untuk menyatakan sesuatu. Saya tahu saat itulah kebahagiaan menyertai sukma kami. Dan saya mahu menangis sebenarnya, separuh mengelus garis-garis halus di tangan Mak dan sebahagiannya lagi berdoa sungguh-sungguh tabungan kami penuh menuju Idul Adha tahun 1439, insya-Allah.
Image
Salam Idul Adha. Kita masih dalam untaian takbir. Dapat pulang bertemu Mak kali ini rupa-rupanya kian menghangatkan keakraban kami. Itu yang paling saya syukuri walau dalam risau panas demam Emak yang lambat kebahnya. Alhamdulillah syukur, jalan takdir yang indah, dalam rutinitas tadabbur, saya singgah di surah al Anbiya: 69: Wahai api. Jadilah kamu dingin dan penyelamat bagi Ibrahim. Sebelumnya saya bacakan al Fatihah (40 atau 10 kali atau sekali), surah al Ikhlas, surah an-Nas dan surah al-Falaq dalam air untuk Mak. Saya memohon doa penyembuhan. Dalam pengharapan yang panjang saya tahu doanya yang turut mengiringi buat Mak, sangat ikhlas, sangat tulus. Alhamdulillah syukur, suhu Mak turun senja hari kedua. Dan saya selalu yakini Allah Maha Mendengar dan Menyembuhkan Mak. Allahu akbar.