Setiap kita pasti mempunyai keanehan yang tersendiri. Benar? Saya pernah ditertawakan teman-teman apabila mengeluarkan kantung merah sudu dan garfu yang dibawa dari rumah ketika makan di luar. Ya, saya mengelakkan daripada menggunakan sudu dan garfu yang disediakan  di kedai makan. Saya juga lebih selesa membawa air panas sendiri dalam kelalang. Ia setelah melalui beberapa kali pengalaman saya akan mudah mendapat sakit tekak dan demam apabila minum di luar. Pernah juga suatu ketika saya tidak akan menggunakan cawan yang sudah pernah digunakan oleh orang lain. Aneh? Mungkin tidak, atau ia lebih dilihat sebagai mengada-ngada. Dahsyatnya saya.

Comments

Anonymous said…
Tidak luar biasa sebenarnya Sdr begitu. Ini melambangkan Sdr yang meletakkan dimensi kesucian di hadapan. Tidak juga mengada-ngada malah ada kewajarannya. Kalau semua orang berupaya menghormati, seharusnya hidup ini indah dengan kepelbagaian.
Mawar Safei said…
Sdr Anonymous
Terima kasih atas pengertian.
Masshah said…
salam kak Mawar;

Boleh saja, setiap kita ada cara sendiri, punyai hak masing-masing. Cuma orang kadang-kadang rasa pelik dan heran dengan apa yang kita lakukan, ya terserah yang penting apa yang kita lakukan membahagiakan diri sendiri.;)
Mawar Safei said…
Masshah
Benar. Mana yang kita rasa selesa.