Posts

Showing posts from January, 2016
Image
AM mendakwa melihat sesuatu di dalam bilik saya di rumah kami. Bagaimana rupanya? Ekor yang agak panjang. Kepalanya biru, tegak seperti mahu mematuk. Badannya kuning. Saya bertanya lanjut, adakah ia sejenis reptilia. AM menggeleng. Sekali lagi saya bertanya, di mana tepatnya si kepala biru itu berada. Jelas AM, dia seperti merangkak di bawah meja kerja saya. Mata AM bulat seperti mahu melaporkan hasil penyiasatannya lagi tentang lidah, gigi, kaki atau jenis kulit si badan kuning itu. Seusia AM, ya genap tahunnya, saya pernah percaya Margaret Thatcher ke sekolah kami bersama-sama Lady Diana. Tahun yang sama, puisi saya "Merdeka O Merdeka" disiarkan dalam tabloid Mingguan Kanak-kanak. Kerlipan yang sama dengan mata mummy AM dahulunya, mempunyai satu beg sandang - kamera (milik abah), buku nota rahsia dan novel penyiasatan. Kita serupa AM!
Image
Malam tadi saya menutup bab Mengingat Mati dan Mempersiapkan Diri Menghadapi Kematian. Manusia itu tidur. Apabila mati baru mereka tersedar. Itu antara baris-baris dalam syair Abu Fadhl al-Iraqi. Dan saat itu baru ada sesalan yang merupakan kata-kata: Jika dia seorang yang berbuat baik, dia menyesal mengapa tidak menambah amalnya. Jika dia seorang yang berbuat jahat, dia menyesal mengapa tidak melepaskan diri daripada semua urusan dunia.
Image
Pendapat mereka tentang buku Coklat:  "Kulit buku macam genre cerpen remaja. Gaya bahasa tidak mewakili penulisnya sekarang." Saya iyakan saja.
Image
Image
Ada pelajar yang menyediakan blog tentang buku ini. 
Blog
Buku ini juga. Terima kasih.
Image
Terima kasih buat DK yang menaja buku usrah kami ini. Benar, cepatnya tumbuh rasa sayang saya terhadap buku ini. Memegangnya seperti mahu terus berlama dan tidak sanggup berpisah. Apa lagi pertama kali mata saya menangkap rangkap ini: ketika Allah mula mencipta Adam, malaikat berkata, sesungguhnya bumi ini tidak cukup luas buat mereka. Lalu jawab Allah, akan Aku ciptakan kematian. Lanjut malaikat, jika begitu maka tidak ada ketenangan dalam hidup mereka. Allah pun berfirman, sesungguhnya Aku akan memberi mereka harapan. Mahu saya tidak menangis membacanya!
Image
Buku Coklatakan dilancarkan pihak penganjur acara Baca Puisi PENA-ITBM-DBP. Namun disebabkan saya berhalangan untuk hadir, pelancaran tersebut dibatalkan. Walau bagaimanapun saya difahamkan buku lain yang penulisnya dapat hadir, akan diteruskan acara pelancarannya.
Image
AM lagi. Saya mula minta AM solat sunat taubat sebelum azan subuh hari ini. Baca niat macam mana, mummy? Saya duduk di sebelah AM sepanjang solat sunat taubat pertamanya. Memastikan dibunyikan semua bacaan wajib. Saya tahu AM tidak bertanya mengapa dia diminta untuk mendirikan solat sunat taubat. Dia tahu solat itu untuk semua kesalahannya - tidak mendengar kata, meninggi suara, menyakiti hati mummy dan bapak, tidak bercakap benar, mungkir janji dan banyak lagi. Saya sebak sebenarnya apabila seawal sepuluh tahun sudah meminta AM solat sunat taubat. Saya merenung jauh dan cuba mengingat-ingat bila kali pertama saya mengangkat takbir dengan niat solat tersebut.
Image
AM memulakan sesi sekolah kebangsaan darjah empat kali ini pada sebelah pagi. Sementara sekolah agamanya selepas itu. Tahun yang saya tunggu-tunggu untuk bertegas dalam perihal solat. Mummy akan rotan kalau tidak solat. Bapak juga akan pastikan AM berjemaah di surau untuk solat fajr. Atau adakah 5.30 terlalu awal untuk anak sepuluh tahun? Sedang AM akan hanya mula membersihkan diri hampir setengah jam kemudiannya setelah mummy jadi tarzan? Aduhai seksanya mengejut anak bujang bangun pagi untuk ke surau; dan benar, ia bukan hanya  bertujuan bangun awal untuk ke sekolah. Ya Allah, mudahkan urusan AM menjadi anak soleh.
Image
Memulakan tahun 2016 dengan kuliah tadabbur merujuk surah Humazah. Surah Pengumpat. Ya Allah, sejak awal Allah berkata, "Celaka" kepada si pengumpat dan pencela, yang mengumpul harta dan menghitungnya dan menyangka ia boleh kekal bersamanya. Allah, ya Allah. Setiap hari saya mengumpat dan mencela. Di jalanraya. Di tempat kerja. Di rumah. Ya Allah. Bukankah nanti akan menjulang api yang disediakan Allah di Hutamah, sampai ke hati saat saya diikat pada tiang-tiang yang panjang. Allah. Ampuni saya.