Memulakan tahun 2016 dengan kuliah tadabbur merujuk surah Humazah. Surah Pengumpat. Ya Allah, sejak awal Allah berkata, "Celaka" kepada si pengumpat dan pencela, yang mengumpul harta dan menghitungnya dan menyangka ia boleh kekal bersamanya. Allah, ya Allah. Setiap hari saya mengumpat dan mencela. Di jalanraya. Di tempat kerja. Di rumah. Ya Allah. Bukankah nanti akan menjulang api yang disediakan Allah di Hutamah, sampai ke hati saat saya diikat pada tiang-tiang yang panjang. Allah. Ampuni saya. 

Comments

syira yaya said…
Semua orang akan ada buat kesilapan. tapi semua orang ada peluang untuk meminta ampun & berazam jangan buat lagi :)
Mawar Safei said…
Sdr Syira

Terima kasih.
Saya selalu percaya, Pengasihnya Allah kerana selalu beri kita ruang...Allahu akbar.