Posts

Showing posts from July, 2010
Image
Cepat sekali minit bertukar jam, jam bertukar hari dan hari bertukar minggu. 2010 sudah melangkau separuh tahun...
Image
Pihak penganjur mengirim saya poster baru ini. entri ini berkaitan dengan entri 2 julai 2010.
Image
Akhirnya Bengkel Penulisan Kreatif anjuran PPBKKM, UKM ditutup lusa setelah setahun berjalan. alhamdulillah. kali ini Zaid Akhtar akan bertemu sdr. insya Allah, semoga kita bersua lagi dalam lain kegiatan sastera di UKM.
Image
Minggu ini mahasiswa mengeluh kerana terpaksa membeli banyak buku/novel untuk tujuan kursus. wahai anak-anakku, inilah tangga kejayaan yang harus dipanjat. hey, saya nampak siapa yang ke Sungai Tangkas untuk menyalin buku yang seharusnya dibeli!
Image
Kalungan tahniah dan terus berkarya buat Sri Rahayu, Nizar dan Norziati!



Image
Hujung minggu yang pendek sekali! memulakan kerja pada hari isnin. sangat menuntut semangat yang kuat. melangkah masuk ke bilik kerja, melihat buku, fail, surat dan emel rasmi yang perlu diurus segera, membuat saya mahu memiliki jendela seperti ini. melihat kehijauan, kesegaran dan kejernihan...



Image
Hujung minggu saya menonton My Girl 2 sequel dari My Girl. kali ini saya mengikut Vada ke Los Angeles mencari cerita ibunya yang tidak pernah dia jumpa tetapi yang dia mahu tahu untuk ditulis dalam puisi, projek kelasnya. bertemu dengan Nick, mengingatkan saya kepada Thomas J yang mati disengat tebuan dalam filem awal ketika mencari cincin Vada, the mood ring. saya masih senang melihat gelagat tulus gadis comel yang mahu jadi pengarang ini. senang juga dengan lagu Smile yang memberi harapan....

Image
Kami menyertai pertandingan poster penyelidikan di fakulti. poster ini disiapkan dalam masa yang sangat singkat. namun saya senang sekali dengan hasil kerja adik saya, Hadijah. ringkas tapi berseni. ia sangat memenangi mata dan hati saya; walau ia tidak memenangi mata dan hati hakim...
Image
Semasa menjadi mahasiswa, antara cerpen yang saya sangat suka ikuti karya penulis muda (ketika itu) adalah SM Zakir dan Zaen Kasturi. jemputlah bertemu penulis dan sahabat saya, SM Zakir di UKM!


Image
Alhamdulillah cerpen ini memenangi Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2009. saya membaca kembali beberapa entri disember 2008 ketika kembara di Pulau Seribu Pura. antara hypotext cerpen ini.
Image
Semester ini saya akan bertemu mahasiswa tahun 2 untuk kursus kegemaran saya, SKMM2083 Penulisan Kreatif. saya sedang mencongak-congak, apa bentuk P&P yang kreatif kali ini ...
Image
Hidup kita pelbagai warnanya dari isnin ke hujung minggu. ada yang ceria, ada yang membuat hati jadi duka. seperti warna pensil warna! di rumah, merata penjuru pensil warna Alif Matiin saya temui. bawah kerusi, bawah meja, antara halaman buku dan juga dalam mangkuk yang disusun di dapur ...
Image
Hujan malam bersambung awal pagi, memberi wajah yang sendu pada raut hujung minggu ini. angin dingin yang masuk di celah pintu pagar dan langsung ke jendela kamar biru; membawa ketukan piano bersama. saya mengenang Kaka yang kaku dan Sneijder yang liar. heee, enak juga duduk di bahu jendela melihat angin seakan mahu bersahabat dengan bilah-bilah daun bambu di taman belakang rumah.
Image
Saya diminta pihak penganjur untuk menampal iklan ini.
saya sebenarnya pemalu....
Image
Cepat sekali masa berlari. cepat sekali hari bertukar minggu dan minggu berganti bulan. mahasiswa lama akan kembali dan yang baru akan bersemangat menyertai dunia kampus. kuliah akan bermula minggu kedua julai. sedangkan banyak lagi kerja yang harus disudahkan! o...o....