Minggu ini mahasiswa mengeluh kerana terpaksa membeli banyak buku/novel untuk tujuan kursus. wahai anak-anakku, inilah tangga kejayaan yang harus dipanjat. hey, saya nampak siapa yang ke Sungai Tangkas untuk menyalin buku yang seharusnya dibeli!

Comments

wardah munirah said…
Assalammualaikum, Dr. Mawar,

Dr. Mawar, bahagia sekali jika ada koleksi buku seperti foto itu ya. Selamat terus mengajar buat Dr. Mawar.
salam Dr. Mawar
ya, generasi baharu sesungguhnya tidak harus mempunyai sikap tidak acuh kepada buku-buku ilmiah dan buku-buku kreatif kalau mahu menjadi BANGSA BERILMU. jangan bakhil untuk melabur membeli buku kerana sumbangan buku dalam kehidupan manusia amatlah banyak dan berguna. bacalah, bacalah, dan bacalah, belilah, belilah dan belilah, jangan sesekali fotostat buku selagi ia berada di pasaran dan di perpustakaan!
Mawar said…
Salam Wardah
ya saya pun suka melihatnya. jimat ruang. selamat belajar!
Mawar said…
Dr Kay
betul tu. kita potong markah siapa yang menyalin. satu markah, satu muka surat yang disalin! :-/
Pei Pan said…
Fotokopi buku rujukan sudah menjadi "tradisi" di universiti. Pelajar lebih suka tukar telefon selular daripada membeli buku.

Mereka kata buku hanya untuk satu semesta, sedangkan telefon untuk sepanjang hayat. Kasihan.
Mohd Tarmizi Hasrah said…
sering juga saya menyalin buku-buku ilmiah, tetapi hanya buku-buku yang tiada di pasaran Malaysia dan yang harganya mencecah tiga angka. Buku-buku yang disalin itu pula pastinya akan dibuat sesempurna mungkin, misalnya berkulit keras.
Mawar said…
Pei Pan,
ya alangkah dahsyatnya!
Mawar said…
Tarmizi
ya, itu juga pernah jadi amalan saya. tahniah kerana menghargai buku (pengarang) dan ilmu.
Kalau beli buku nanti tak cukup duit nak menambah nilai kad prabayar. Kalau buku di fotokopi, ilmunya di fotokopi jugakah?

Heh, mujur zaman saya belum ada telefon bimbit.
mamawana said…
Mama suka beli buku dan suka baca buku...
Mawar said…
Norziati
ya, zaman saya belajar hanya guna telefon awam :-)
Mawar said…
Mamawana,
tahniah. bagus tu!