Posts

Showing posts from March, 2018
Image
Saat mengetik ini, fakulti kembali sunyi; dan langit petang yang keruh. Anak-anak mahasiswa berjeda barang seminggu sebelum menyambung kuliah pada minggu kelapan nanti. April merupakan sekian bulan yang sarat dengan pelbagai urusan. Tidak ada yang lebih mustahak dalam tekanan tugas selain sabar dan sabar. Sedangkan di situlah titik saya selalu kandas. Sabar saya sering dikepung takwim kerja yang rancu. Saya berasa kian disulap salah faham atau barangkali kedunguan saya yang kian bercambah dan mencapah. Semuanya jadi tidak memihak, dan membawa saya ke penjuru, mencari bangku dan kembali memujuk diri untuk mengerti. Lebih mengerti.  
Image
Subhanallah.  Seminar yang memujuk. Anjuran unversiti kami. Cuba Sdr perhatikan pengisian slot 2. Subhanallah.
Image
Terima kasih PM Dr Umi Kalthum Ngah. Novel ini dihadiahkan penulisnya.  Menarik sekali apabila sarjana kejuruteraan menulis cereka. Menarik juga judulnya. Kita memang selalu kehilangan dan syukurnya apabila kita menjumpainya kembali, walau sudah menghilang tahun. Kemudian, apa pula yang terjadi setelah ditemukan? Kita membaca surat takdir lagi....
Image
Dititipnya awal bulan tentang Yang Fana adalah Waktu.   Memungut detik demi detik, merangkainya seperti bunga.  Terima kasih SDD. Selamat SDD untuk YFaW. "Tapi, yang fana adalah waktu, bukan?" tanyamu. Kita abadi.
Image
Ini penjuru pelarian saya. Memang membawa saya jauh. 
Image
Hujan musim, antara syukur dengan penyerahan yang mengguyur.  Payung yang terkembang tiba-tiba menjadi teduhan yang menyadarkan tiap keingkaran.
Image
Sudah jauh saya berjalan. Pada ketika saya sangat lelah, saya berjeda. Lalu saya mencari teduhan. Sering tidak saya temukan. Dan dengan payah saya meneruskan perjalanan. Memangnya kita  ini sendiri.
Image
Kami memang terhijab.  Saya seperti meyakini dia benar-benar wujud. Dan saya mahu duduk di bangku yang sama dengannya sekali lagi. Bercerita. Ternyata laras bahasanya sangat dipelihara dan saya rasa terhormat. Ternyata dia teman sepanjang jalan dan saya rasa sangat teduh.  Dalam sekejap, saya seperti mengenalinya lama. Dalam sebentar, saya tahu dia teman yang tidak akan mahu berdusta. Di bucu belukan, sebelum saya terjaga, masih diingat pesannya, yang kami akan bertemu lagi. Aneh. Saya tidak pernah ada hasrat mahu mengulang latar dinding kabut dengan lantai halimunan itu. Tapi tidak kali ini. 
Image
Mimpi adalah hadiah. Benar, saat yang dimimpi sangat jauh daripada nyata. Saat mimpi, ia tidak pernah akan dapat kita rangkul sebenarnya. Tapi dalam lapis kabut, mujarad dan berteka teki, semuanya menjadi sangat dekat. Semuanya menjadi himpunan penuh dalam dada. Walau apabila mimpi itu berhenti, tidak ada yang bersisa lagi. Sureal dan tenggelam jauh. Maka, mimpi adalah hadiah.
Image
Ya, hampir seminggu saya tidak menulis, walau sebenarnya setiap hari saya mencari bangku dan duduk lama di sini. Mengintai semalam dan kelmarin sering menyeret ke jalan pengertian ini, lalu apa yang dirangkul adalah jarak dan jeda. Banyaknya lapis. Tebalnya garis. Seperti mengenang kotak hijau ini. Terlalu tidak tertanding.  
Image
Saya menekuni buku ini. Himpunan tulisan seorang pentadbir. Menariknya, penulis merupakan pentadbir yang pernah mengetuai fakulti kami beberapa tahun sewaktu saya menyiapkan ijazah ketiga. Walau tidak sempat mengikuti langgam pentadbiran beliau, saya percaya ketulusannya dalam kepimpinan, ya melalui pembacaan buku ini. Benar, dalam rakaman sari rangsang dicatat, sesebuah universiti bukan sahaja diukur dalam pemerihalan penglahiran ijazah, namun yang lebih mustahak adalah menumbuhkan harga diri dan sahsiah. Syabas, Tuan Haji Abd Razak Hussin.