Posts

Showing posts from January, 2011
Image
Kecewa.
Gobar.
Rawan.
Lelah.
Sakit.
Masyghul.
Segala yang di luar duga.
Atau seperti laung Daniel Powter,
You had a bad day.
Will you need a blue sky holiday?

Image
Tidak selalu kami makan di luar. Petang seusai asar dan setelah seharian lelah berkemas di taman belakang rumah, kami bertiga kononnya memanjakan diri di Redwok Bangi. hampir satu jam kami mengadap kuali sizzling dan mangkuk panas steam boat. boleh tahan!
Image
oh, Ben 10. dari jam ke topi, kasut dan beg sekolah. sebelum kenal si budak lelaki yang selalu memperaga jam ini, saya pernah mengejanya sebagai b-e-n-i-o. benio. heheh, selamat panjang umur Alif Matiin Ben 10!
Image
Hujan yang keras di luar. sedang saya berasa sangat enak mengikuti baris-baris a Quarrel with Silence, sepi yang membentak seperti guruh! atau inWhat Colors shall i Record the Words of Sadness. saya juga mahu ketawa sendiri namun kemudian belas sekali mengenangkan wanita tua yang mengilas kembali di bangku yang pernah diduduki dalam Until every Private returns from Battle. saya mahu baca lagi No Women in Poetry oleh Zakariya Amataya...


Image
Saya semakin tua! beberapa hari ini saya menuruni anak-anak tangga di rumah atau pejabat dengan penuh hati-hati menahan perit. membaca bahan atas talian menemukan saya dengan chondromalacia... alhamdulillahi rabbil alamin kerana menghantar isyarat untuk mengingat.
Image
Senang sekali memiliki buku cantik ini, Kasih Bonda Kampung Paya Kami (DBP, 2008) Siti Zainon Ismail. saya senang juga melihat rakaman kenangan termasuk Belajar Kira-kira... sifir dan al jibra lagi, inilah ketika kena berdiri lagi!... aha ~ mengingatkan kisah sendiri...!
Image
Dua kumpulan cerpen terawal Zaen Kasturi, Yuda (1992, DBP) dan Idola (1997, Sasbadi) diikuti dengan Rapsodi (1998, DBP) dan Taman Uzlah (2005, DBP). Esok, acara Wacana Zaen Kasturi, Sambutan Pemenang Anugerah SEA Write 2010 di DBP. hingga jumpa ya!

Image
Beberapa hari ini kerap diajukan membeli belah tanpa beg plastik. saya sokong. antara tabiat saya juga memasukkan barang-barang yang dibeli ke dalam beg sendiri. saya teringat, dibawa mak atau nenek yang menjinjing raga rotan ke pasar. sebelum pulang ke rumah, kami singgah membasah tekak minum cendol India di satu sudut Pasar Tekka dekat kedai kari...