Posts

Showing posts from December, 2010
Image
Alhamdulillahi rabbil alamin. akhirnya fail-fail yang hilang ditemui kembali. Allah Maha Besar memberikan kepintaran dan kesabaran. terima kasih tak terhingga buat Ashraf yang membantu, katanya menggunakan khidmat Pandora Recovery, mungkin juga dapat dimanfaatkan saudara bila tiba masanya...
Image
Semalam, senang hati melarikan diri lagi dari kurungan rutin. walau lelah hingga ke lewat petang berwacana tentang realiti fizikal dan realiti hakiki. saya seenaknya meratah ayam belanda dengan curahan sos pelbagai rasa, waktu makan tengahari. terima kasih banyak kepada yang belanja. lasagna, pun boleh tahan juga!
Image
Tulisan saya tentang Interlok di Mingguan Malaysia, disember 26 2010. terima kasih tuan editor, Ku Seman Ku Hussain atas penyiarannya. maaf, hanya saya paparkan keratan atas sebab ada iklan di bawahnya!
Image
Sibuk dengan projek busana di kampus, akhir-akhir ini saya mula asyik dengan kain tenunan. o, alangkah indahnya warisan Melayu yang satu ini. saya mahu sekali memiliki si kesumba yang menawan mata dan hati. hairannya, dalam ghairah mengenal lebih dalam si cantik ini, saya terdengar, busana itu apa? ... sakitnya kepala!
Image
Semester kedua untuk sesi tahun ini bermula awal. isnin tengahari kuliah kami. tahun juga sudah hampir tidak bertepi. bersambung terus dan terus. selamat kembali mahasiswaku. bersedia dengan kerja rumah!
Image
Membaca tajuk dan isi berita Buku Teks Sastera Interlok, ditarik Balik, membuat kesal lama kembali berhimpun dan mengenang pendeknya akal manusia. saya seperti mahu sekali lagi menziarahi Ayahanda Abdullah Hussain di PJ dan menyatakan dengan sungguh-sungguh, saya banyak belajar dari Interlok sejak membacanya zaman mahasiswa. saya diasuh mengasihani sesama manusia dan saya hampir tidak mengenal warna mereka.
Image
Malang memang tak berbau. saya dapati banyak fail dalam sampul picture saya hilang. cuba membongkar semua fail dalam recycle bin. hampa. saya sangat sedih apabila tidak dapat mengesan sampul Mohican Satu Tahun. ada video yang sangat indah waktu Mohican baru mula jatuh-bangun-berdiri-berjalan. mmm, sedihnya mummy!
masih bolehkah dicari fail-fail itu?
Image
Berada di luar kurungan rutin, enaknya seperti minum teh panas berdua sewaktu hujan luruh. saya mengikuti kongres anjuran universiti di Everly Resort Hotel Melaka bermula disember 13-15. atau lebih enak menikmati teh itu di pantai percutian yang masih belum sempat dikunjungi tahun ini ...
Image
Antara catatan untuk menjadi kota sastera adalah:
~ Quality, quantity and diversity of publishing in the city ~ Quality and quantity of educational programmes focusing on domestic or foreign literature at primary, secondary and tertiary levels~ Literature, drama and/or poetry playing an important role in the city ~ Hosting literary events and festivals which promote domestic and foreign literature ~ Existence of libraries, bookstores and public or private cultural centres which preserve, promote and disseminate domestic and foreign literature ~ Involvement by the publishing sector in translating literary works from diverse national languages and foreign literature ~ Active involvement of traditional and new media in promoting literature and strengthening the market for literary products. UNESCO bermula 2004, mengiktiraf Ediburgh, Melbourne, Iowa City dan terkini, Dublin sebagai kota sastera.
Image
Ahad ini, disember 12, Jemari SeniPublishing (tuannya, Sdr Noor Suraya Adnan Sallehudin) mengadakan Bengkel Asas Pembinaan Kreatif (Novel Umum) dengan kerjasama Program Persuratan Melayu, Pusat Pengajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, UKM, bermula jam 9 hingga 5 petang di Makmal Pengajian Melayu.
Image
Pelajar sarjana falsafah saya sempat bercerita, seusai menyerahkan draf tesis. ceritanya, seorang lelaki Melayu pernah bertanya, apa manfaat seorang India sepertinya mengkaji sastera Melayu, ditambah soalan basi, apa pekerjaan yang dijanjikan? saya menampal foto di sebelah sebagai ucapan balas kepada tanggapan itu. semoga lelaki Melayu itu cepat sembuh.
Image
Tahun baru menjelang lagi. pertanyaan yang sama buat diri, apa yang sudah dilakukan sepanjang ratusan hari yang dianugerah Ilahi. selamat menjalani tahun baru 1432 buat saudara, semoga ia merupakan tahun yang lebih baik daripada sebelumnya. semoga dua doa lewat petang nanti diJawab-Nya. amin.
Image
Saya dihadiahkan sebuah meja tulis. sambil mengemas penjuru baru dekat dengan kotak jendela, saya tahu yang memberi hadiah pasti mahukan saya menghasilkan karya yang lebih baik. terima kasih!
Image
Terima kasih Nis, kerana kirim foto ini dari fb. saya jarang mahu muatnaik foto sendiri di blog...