Posts

Showing posts from September, 2012
Image
Sedang mengenalpasti surah-surah yang elok dihayati maknanya setiap jumaat (mengapa jumaat? bukankah jumaat itu istimewa dan banyak barakahnya). sebelum ini saya tuliskan tentang surah al waqi'ah,al kahfi, ad dukhan, yaasiin dan as sajdah. saya juga ingin sekali membaca surah ringkas sebelas ayat, surah al jumu'ah. antaranya surah ini menyatakan kewajipan meninggalkan  jual beli  saat imam naik ke mimbar  dan apabila selesai solat, bertebaranlah mencari kurnia Allah sebanyak-banyaknya untuk keuntungan (ayat 9-10). kemudian saya menyelak surah seterusnya, al munaafiquun yang mengingatkan agar harta benda dan anak tidak sekali-kali melalaikan kita daripada mengingati Allah; supaya kita tidak menjadi orang yang dalam kerugian (ayat 9). Allah! begitulah al Qur'an dengan  susun lapis-lapis ingatan buat kita yang selalu lupa!
Image
Saya mengagumi manusia yang berjiwa besar. mereka tidak jarang menularkan semangat itu kepada kita yang berada di samping. ia menjadi seperti pancaran matahari yang cantik pagi ini setelah beberapa hari hujan dan mendung.  Alif Matiin sempat membuat ulasan sewaktu melihat langit dari tingkap kereta, awan yang cantik, mummy.  namun manusia berjiwa besar begitu sangat jarang saya jumpa. yang saya temui adalah (anak muda) yang banyak mengalah sebelum mencuba. perlu berteman di mana-mana. selalu bertapi dan berkalau. mahu semua sebelum berusaha. mahu segalanya datang dengan tidak perlu bersusah payah. aduhai. begitulah saya didatangi  mahasiswa baru  yang begitu risau kerana tidak punya teman untuk ke kuliah, ke perpustakaan mahupun ke kafe. benar, saya tidak berdusta! ia mengembalikan zaman mahasiswa kami; saya lebih suka sendiri kerana jika sebaliknya, saya akan selalu harus menunggu! kepada mahasiswa itu saya beritahu, ayuh berkawan dengan saya, akan saya berbahagi banyak cerita tenta…
Image
Kerja rumah Alif Matiin saya minta lakukan antaranya dalam bentuk menyalin semula apa yang dibacanya dari buku. membaca, menulis dan membaca kembali apa yang ditulis. saya melihat ia adalah latihan selain daripada memfasihkan bacaan dan merapikan tulisan (aduhai rupa tulisan anak saya!), adalah amalan menumpukan perhatian, mengeja, memahami apa yang dibaca dan mula mengarang kisah sendiri. kemudiannya saya menyedari  bahawa kerja menyalin semula, memindah kata, diikuti mengarang kembali, menggubah, mengurang, menambah, menyimpang atau menyesuaikan, adalah tanggapan Muhammad Haji Salleh tentang dasar teori kepengarangan Melayu (Puitika Sastera Melayu, 2000: 166-175). saya tidak pasti kaedah saya ini bagus dari sisi pedagogi untuk kanak-kanak. ini antara penelitian yang saya jadikan kerja rumah pelajar sarjana saya.
Image

Ya Allah jadikan kami hamba-Mu yang mencintai al Quran. seikhlasnya! apa makna ikhlas itu? kecintaan tersebut hanya untuk Allah. jauhkan kami daripada keangkuhan, sedang kami hanya debu yang berterbangan (al waqi'ah: 6). beberapa waktu ini, saya diberitahu ada beberapa surah yang molek diamalkan pada hari jumaat seperti al waqi'ah dan al kahfi. malah di surau kecil kami, setiap subuh akan cuba saya hayati makna 30 ayat yang dibaca imam dari surah as sajdah. dan menjadi tabiat kebanyakan kita membaca surah yaasiin pada malam jumaat. sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat-ayat Kami, adalah orang-orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan sedang mereka tidak menyombong diri (as sajdah: 15). Allah!
Image
Musim haji lagi.  haji kian menjadi subjek yang mengesankan secara peribadi buat kami. banyak peristiwa haji 2011 yang akan diingati semula; sejak awal persiapan, perjalanan dan hingga kembali ke pintu rumah. persediaan awal: saya hanya membawa beg tarik yang relatifnya kecil berbanding kepunyaan Zahar (antaranya faktor penyimpanan kain ihram). dengan empat helai telekung (hanya bahagian tudungnya dan tidak membawa kainnya), empat helai jubah dan celana panjang. itu sahaja pakaian utama saya sepanjang empat puluh hari. selainnya ruang beg adalah untuk keperluan peribadi. satu beg saya sandang antaranya dimuat dengan  al Quran terjemahan, sebuah buku catatan dan telefon tangan. banyak petua yang dapat dibaca dari pengalaman orang lain dan buku-buku. kami mahu berbahagi pengalaman ini: satu doa yang sering diingat-ingatkan Zahar setahun sebelum ke Tanah Suci adalah mendapat teman-teman sebilik yang sabar dan bertolak ansur. doa yang sama untuk diri sendiri. Allahu akhbar! doa itu dim…
Image
Beberapa kenalan yang akan berangkat ke Mekah atau Madinah untuk memulakan kembara rohani. saya berbahagi rasa syukur yang dalam. ia membawa kembali pengalaman sendiri setahun yang lalu. saat yang mendebarkan. saat yang datang dengan beberapa sangkaan. ketidaktahuan. benar tulisan lagu Opick: kami meraba tanpa cahaya/ kami yang lupa hina dan papa/ di hadapan-Mu yang Maha Indah/ di hadapan-Mu yang Maha Mulia. kami doakan kesejahteraan kesihatan dan tumpuan beribadah sepanjang berada di Tanah Suci buat al Faqir & isteri, Prof Dr Badli & isteri, PM Dr Fadzeli & isteri, Sdr Amril & isteri, PM Dr Kamaruzaman & isteri serta PM Dr Norsimah. haji yang mabrur!
Image
Hari ini tazkirah subuh terakhir sebelum al faqir terbang ke Tanah Suci untuk ibadah haji. tazkirah kali ini sangat berbekas. tajuk yang sangat saya tunggu-tunggu dalam banyak tazkirah. makna tangisan sebagai manusia muslim. al faqir memujuk hati kami seusai subuh ini untuk mengenang dosa-dosa dan betapa ia menggunung. namun rahmat Allah maha luas. sehingga kita hampir dihumban ke jurang neraka yang dahsyat kawah apinya, kita masih terselamat dengan setitis air mata keinsafan. air mata itu malah dapat memadamkan julangan api neraka. Allahu akhbar! wahai saudaraku, usahlah menangis pada kekasih yang lari meninggalkan, usahlah menangis pada wang yang dicuri orang, usahlah menangis pada perkara dunia yang tiada apa-apa. menangislah kerana Allah,  mengakui kebesaran Allah dan betapa kecilnya kita.  semoga kita terus istiqamah dalam beribadah. ikhlas beribadah kerana taqwa. itu kata-kata akhir al faqir. kami doakan perjalanan panjang al faqir dan isteri dirahmati. memperoleh haji yang mab…
Image
Bagaimana perasaan sdr saat ditewaskan syaitan? malu. geram. kecewa. kesal. sedih. azam baru untuk bangkit. misalnya bunyi jam loceng untuk qiyamullail tapi mata minta bertangguh. akhirnya apabila sedar kembali, azan subuh sudah hampir selesai. berlalu masa untuk solat malam dan solat subuh berjemaah di musala. ya Allah, kesal datang  merempuh seperti ombak besar. adakah ia menjadi satu pengajaran untuk tidak akan berulang? atau malunya apabila marah tidak dapat dilunakkan. atau kecewanya apabila iman berkata bacalah sehalaman al Qur'an dan syaitan merayu nanti dulu. atau kita akan tenggelam dalam kesedihan mengenang betapa banyak masa syaitan menjuruskan nafsu, hati dan kewarasan kita sejak muda hinggalah sekarang. ah, bukankah sesungguhnya kamu (wahai iblis) diberi tangguh untuk mengganggu anak Adam hingga hari kiamat (sad: 81). maka ustaz menasihatkan, jangan ditinggal walau sehari solat taubatmu. sesungguhnya Allah Maha Mengampuni kejahilan, kekhilafan dan ketidaktahuan hamba-…
Image
Saya mempunyai teman-teman solat yang hampir serupa setiap hari. kecuali sewaktu minggu suai kenal minggu lalu, dewan solat dipenuhi mahasiswa baru. kemudian ia kembali reda. ya, ruang solat muslimah sekarang tidak sangat berlapis-lapis sepertimana minggu-minggu ramadan.  antara teman solat saya itu seorang tokoh sarjana bidang sains, yang dalam diam saya kagumi. pertama kali kami bersalaman usai solat, saya melihat air mukanya yang redup dan tenang. biasanya beliau akan membaca al Qur'an sebelum dan selepas solat. untuk sekian lama saya mencari-cari tokoh akademik yang mahu saya hormati kerana kebaikannya dalam mencintai solat, memujuk tekanan bekerja kami dengan al Qur'an atau sebaris kata dalam mesyuarat kita bekerja sebagai ibadah. maaf, saya belum berjumpa (atau semuanya itu terlalu peribadi, yang harus disimpan sendiri?). tapi saya menemui ketaatan itu pada teman solat saya yang seorang ini. siang tadi sebaik mengamin doa zohor, kami berdakapan dan beliau menggenggam ta…
Image
Saya sebenarnya kurang senang dengan konsep rumah terbuka. dan saya jarang mahu pergi. anti sosial? atau saya kurang selesa apabila datang hanya untuk bersalam, tanya khabar dan diminta makan. kemudian bersalam lagi dan pulang. maka saya tidak pernah mengadakan rumah terbuka di kediaman kami. silalah datang jika luang dan sudi. banyak ruang untuk kita lebih mengenali dan banyak perbezaan yang dapat kita fahami. siang tadi  saya menemani Zahar ke rumah teman sekerja di syarikat lama. akhirnya ia menjadi pertemuan kembali kawan-kawan sekerja. dalam diam saya bersyukur melihat suami saya bahagia kerana dapat bersalaman dengan teman-teman lamanya.  alhamdulillahi rabbil alamin.
Image
Adat anak lelaki yang sedang membesar, nakalnya macam-macam. saya semakin kuat berdoa, Allah beri kesabaran kepada Zahar dan saya untuk mengasuh Mohican. nakal budak, ada yang kata itulah tanda bijak. saya masih bersyukur. dalam geram, saya sering  dikejutkan Mohican kami dengan senarai jawapan yang  membuat saya mahu memeluknya dengan kejap. semalam, sewaktu memandu pulang, ini antara dialog kami:
saya: dalam hidup kita takut kepada siapa? mohican: Allah. saya: kenapa kita takutkan Allah. mohican: sebab Allah Maha Besar.
Image
Berapa kali kita merakam syukur setiap hari? adakah makna syukur dalam sebutan alhamdulillahi rabbil alamin? adakah dengan perlaksanaan solah? adakah dengan berbahagi rezeki dengan orang lain? adakah dengan memberi apa yang kita ada? adakah dengan sujud syukur? banyak nikmat yang saya terima tanpa saya perlu meminta kepada Allah. masya Allah. dan banyak pula yang saya tidak mengerti mengapa saya diberikan, sedangkan datangnya ia seperti gunung permata yang mahu dimiliki banyak orang. ternyata ia membuat saya berfikir. saya tidak mahu jadi manusia haloba dan tidak tahu di mana letak diri.  akhirnya saya jadi malu sendiri dengan banyaknya tawaran dunia yang sebenarnya sangat memabukkan. Allahu Akhbar!
Image
Saya banyakkan salawat buat Rasulullah, keluarga dan sahabat. beginilah perasaan apabila dilayan dengan cuti panjang bersambung-sambung. Zahar memujuk, harus cari mood sihat untuk bekerja hari ini. alhamdulillah, saya lapang dada menapak ke bilik kerja dengan salam dan salawat lagi. ya Allah, redhailah saya sebagai hamba-Mu yang menjalankan amanah, meneruskan nafas hidup yang Kau peruntukkan. esok mahasiswa baru tiba di fakulti. dan kami mahu ucapkan selamat datang. saya mahu ucapkan bersyukurlah dengan nikmat menuntut ilmu. taman syurga yang luas terbentang buat saudara!