Musim haji lagi.  haji kian menjadi subjek yang mengesankan secara peribadi buat kami. banyak peristiwa haji 2011 yang akan diingati semula; sejak awal persiapan, perjalanan dan hingga kembali ke pintu rumah. persediaan awal: saya hanya membawa beg tarik yang relatifnya kecil berbanding kepunyaan Zahar (antaranya faktor penyimpanan kain ihram). dengan empat helai telekung (hanya bahagian tudungnya dan tidak membawa kainnya), empat helai jubah dan celana panjang. itu sahaja pakaian utama saya sepanjang empat puluh hari. selainnya ruang beg adalah untuk keperluan peribadi. satu beg saya sandang antaranya dimuat dengan  al Quran terjemahan, sebuah buku catatan dan telefon tangan. banyak petua yang dapat dibaca dari pengalaman orang lain dan buku-buku. kami mahu berbahagi pengalaman ini: satu doa yang sering diingat-ingatkan Zahar setahun sebelum ke Tanah Suci adalah mendapat teman-teman sebilik yang sabar dan bertolak ansur. doa yang sama untuk diri sendiri. Allahu akhbar! doa itu dimakbulkan Allah. masya Allah!  di Mekah kami seramai lapan orang sebilik, hampir dua puluh orang dalam lot kemah di Mina kemudian berlima di Medinah,  ternyata Allah memudahkan khususnya urusan hati kami. Maha Suci Allah! 

Comments

RayyanZilfi said…
Terima kasih kerana berkongsi maklumat.
Mawar said…
Rayyan
semoga ada manfaatnya.
RayyanZilfi said…
suratan atau kebetulan Dr?
ada seseorang datang ke pejabat, entah macam mana saya mempelawanya masuk.rupanya Pakistani menjual gambar 3D yang saya dah lama mencarinya!masjid nabawi dan masjidil haram.walaupun bersaiz kecil, saya terus membelinya.saya pernah lihat saiz besar di shah alam.alamatnya selepas ini saya makin mudah tersenyum sendirian saat merenung 2 gambar itu.
Mawar said…
Rayyan
ia refleksi kecintaan kita terhadap Allah dan Rasulullah!