Posts

Showing posts from March, 2009
Image
Z senang mengimbas kisah cinta remajanya dengan anak seorang pemilik ladang yang kaya. mereka dalam darjah yang sama. dan kemudian terpisah begitu sahaja bila gadis bermata cantik itu berpindah ke luar negara. semua orang punya narasi cinta remaja yang enak untuk didengar kembali. saudara? saya menulis kata pengantar buku lama ini...yang bernama cinta.
Image
bahasa dan bangsa

bangsa itu diperibadikan bahasanya.
mengapa, kautanya,
apakah bahasa indah
yang melanjurkan kata
untuk menyedut madu makna
dan kongsi bersama
seperti dalam kenduri?

atau bahasa perlu
dilayarkan di sungai waktu
untuk menimbuskan lopak
dan gunung sejarah yang berpasir.

jadi, makna berlakon di pentas penglihatan
untuk mengutip sejambak bunyi
meletuskan sekuntum bunga kecil suara,
atau memutuskan seutas benang erti.
(Aksara Usia, 1998: 4)
selamat panjang umur mahaguruku, Prof Muhammad Haji Salleh (mac 26)
Image
Saya baru sudah membaca cerpen sahabat baik, SM Zakir "Paya Purnama" (Dewan Siswa, Mac 2009). kisah yang saya gemari - persahabatan dan kenangan waktu kecil. antara para akhir Zakir menulis, benarkah dia mempunyai sahabat semasa kecil yang bernama Soh Chan Heng dan Nik Danial Hakim? mungkin dia hanya mereka-reka cerita...oh, saya sedang mengalami kegilaan yang sama! selama ini saya amat yakin Margaret Thatcher pernah ke sekolah kami. hanya minggu lalu teman sekelas ketawa beriya2 seraya menafikan sekeras2nya cerita saya itu. guru kami juga mengesahkan dan berkata, patut sekali mawar jadi penulis. sangat imaginatif! jadi lebih terkedu bila mengenang saya pernah keliru sama ada Mrs Thatcher yang datang atau Puteri Diana!
Image
Pagi ini hujan lagi. hujan pagi! Di bahu jalan saya lihat anak kecil dengan baju hujan dipimpin ibu dan ayah. oh, saya teringat baju hujan yang berwarna sama waktu ke sekolah!



Image
Senang membaca cerpen Nasriah Abdul Salam
"Pencinta Putih Kelir, Pewaris Merah Muleta Merah" (Mingguan Malaysia, Februari 8, 2009), saya membandingkannya dgn "Gadis Matador dan Lembu Jantan" (MM, Februari 25, 2007) oleh Zaharah Nawawi. kedua-duanya menafsir matador dan lembu di gelanggang Plaza de toros bagi memaknakan kemanusiaan dan konflik pelestarian warisan... (MM, Mac 22, 2009)
Image
Saya jarang sekali turun ke kantin dan percaya “makan sambil bekerja” adalah sebaiknya; atas alasan kebersihan, jimat masa, perlukan ruang bersendiri (baca: rehat) dsb. maka saya membawa bekalan dari rumah. tetapi sering juga saya mahu menafikan kesibukan (baca: “anti-sosial”) itu dengan mengangkat telefon atau mesej mana2 teman untuk makan tengahari bersama. tapi alangkah kecewa bila jawapan yang diterima, "hey, saya dalam mesyuarat ni. maaf. selamat makan ok!" foto ini saya rakam saat bersarapan di hadapan Pantai Kuta. lebah ini juga sibuk bekerja!
Image
Dan pada harta-harta mereka ada hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang tidak mendapat bahagiannya (mereka yang tidak meminta). adz-dzaariyaat: 19
Image
Hujung minggu lalu, saya bersama beberapa sahabat berjumpa setelah sekian masa sibuk dengan urusan masing-masing. dalam dingin sisa hujan, kami memanaskan badan dengan steamboat makanan laut dan sayur2an di Tupai-tupai, dilatari muzik alam suara burung merak. ah, saya jadi berselera sekali apatah lagi dapat mendakap tuan punya Tupai-tupai, kekanda Mahani Awang - sahabat dalam kembara umrah saya pada 1999 @ editor @ novelis Tiga Jalan Terpisah.
Image
Mac 8 merupakan hari wanita sedunia. saya memanfaatkan hari itu dengan bermalam bersama-sama ibu mertua yang uzur di hospital. keesokannya saya menyambut pagi rabiulawal 12 dengan salawat buat Rasulullah yang saya cinta (terus bertanya diri, apa tanda saya cintakan Habibullah itu?) seperti tahun sudah saya membaca lagi al Amin, sirah panjang baginda tulisan indah ayahanda A Samad Said yang sedang berjihad untuk bahasa Melayu kami. menghimpunkan dua perasaan pada tarikh itu saya mahu merakam catatan ini, malam mempunyai kawan, pagi segar mengasihi alam begitu syahdu sepoi angin dalam hati, tersembunyi dari mata, tergerak di lidah Khadijah tidak bertanya, Muhammad s.a.w. tidak menduga, tapi terasa ada mega yang sentiasa bersuara, sesekali menjadi embun nikmat (al Amin, 1999: 50)...
Image
Dalam hujan berhari-hari, perasaan pasti jadi tidak menentu apatah lagi dengan cuaca politik dan wajah bangsa saya yang lebih menghibakan. mengubah rutin, malam tadi diisi dengan menonton filem lama Jerry Macguire. kisah manusia berjuang dan menafsir kesetiaan. saya senang dengan suara si kacak Tom Cruise you complete me saat kita memerlukan seseorang di sisi... 13 kuntum mawar ini pemberian mahasiswa. ya, mawar juga sering dapat melengkapkan ruang kesendirian.
Image
Suatu malam dalam februari lalu, kami menanti lapis-lapis kelopak putih bakawali di taman kecil. ternyata ia pengalaman indah dan wangi, seharum bunga kembang malam ini. dari jam 9 hingga dinihari kami menekuni ciptaan Tuhan yang kami cinta. sepanjang itu kami mengucap tasbih dan tahmid...