Posts

Showing posts from March, 2010
Image
TAHNIAH!
mahasiswa SKMM1043 Cerpen Melayu dan SKMM6053 Seminar Sastera Bandingan yang menjayakan Hari Susastera@blogspot.com. sebanyak 13 blog sasterawan dan tokoh sastera bandingan dilancarkan oleh Prof Dr Ungku Maimunah Mohd Tahir sebagai tokoh jemputan. tokoh yang difokuskan kali ini adalah Ungku Maimunah Mohd Tahir, Budi Darma, Rattiya Saleh, Ishak Hj Muhammad, Usman Awang, Hamzah Hussain, Awam-il-Sarkam, A. Samad Said, Salmi Manja, Abdullah Tahir, Mana Sikana, Ali Majod dan Zaharah Nawawi. acara ini merupakan sebahagian penilaian kursus berkenaan; kali kedua ia dianjurkan mahasiswa sendiri. silalah berkunjung dan berilah tanggapan menambahbaik...
Image
Saya menulis tentang sahabat lama, Zakir, dalam buku baru kami ini. tulisan saya berjudul SM Zakir: Kreativiti dan Daerah Eksperimen. antaranya kecenderungan Zakir bermain dengan kemujaradan, imbas kembali dan intertekstual Buku ini terbitan ATMA, UKM.
















Image
Bagi semua peminat puisi dan Shamsudin Othman, silakan ya!


Image
Terima kasih kepada pengunjung di Gerai MAPIM sabtu lalu. saya sangat berbesar hati menerima sokongan yang diberikan dan sepanjang pengetahuan saya sdr yang mendapatkan NIM bukan dari latar kesusasteraan. luar biasa sekali! semoga sdr mendapat manfaat dari NIM. ada yang bertanya selain dari PBKL, di mana boleh mendapatkan NIM. boleh hubungi saya, akan saya perpanjangkan kepada pihak Penerbit UKM untuk tujuan kiriman. harganya RM60 (493 hlm.) atau kurang lagi jika bertemu penulisnya. terima kasih ya!

Image
Terima kasih saya kepada sdr Ku Seman Ku Hussain kerana menyiarkan rencana orang kecil ini, Manfaatnya Sastera Melayu dalam Mingguan Malaysia (mac 21, 2010). ia reaksi kepada tulisan beliau, Filem Tidak Memanfaatkan Sastera (mac 7, 2010)...

Image
Terima kasih kepada Sdr Salbiah Ani, editor Berita Harian kerana menyiarkan cerpen Valija, Saya Mahu Dekat Dengan-Nya (mac 20, 2010). ia antara catatan dan tanggapan sewaktu di Kota Ketam. di sana saya bertemu Valija, Hanafi, Razak Hassan Abdul Muiz...



Image
Ada jaring labah-labah
Arah kanan atas kamar
membawa debu. Atau kenangan
Yang tak kenal maaf

Ada jaring labah-labah
Atas kelambu langit Denpasar
Sepanjang siang yang garang. Atau catatan
Yang tak bisa dirobah

Ranjang telah menyediakan
Segala keremangan:
Lubang penuh debu atas almari
Siling berlumut dan terasing
Sudut kelam yang menimbulkan teka-teki
Potret yang mendatangkan debar
Dan memoir melibaskan ekornya
Di tengah kamar

Tidur telah menyediakan
Segala keharuan:
Padang akal yang miring ke pantai
Dan jerit peluit
Memberitahu kapal tak sampai.

Paruh camar yang hitam
Kepak yang nestapa
Mencakar buku-buku catatan
Dan ranjang telah membakar
Rutin harian

Meja-meja tak berkaki
Jendela tak pernah berkunci
Hingga kamar ini hanyalah
Ruang Barangkali.
Sebelum debu-debu kembali
Menimbusi diri
Sebelum labah-labah mengangkat mataari
Memancung suatu ajali

Siapakah yang bakal memparasit?
Kamar ini? Mungkin
Keharuan yang selalu tak kenal ampun
Atau labah-labah yang kian berani
Menganyam jaringnya
Image
Harap saudara sudi bertemu kenal dengan penulis buku Novel Intertekstual Melayu (NIM) pada 20 mac 2010 (sabtu) 5.00- 7.00 petang di Tapak MAPIM, PWTC sempena PBAKL 2010. keesokan malamnya NIM akan dilancarkan di The Legend Grand Ballroom, Hotel Legend, dalam acara Anugerah MAPIM 2009 (Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia).

Image
Pak Suratman Markasan,
selamat datang ke kampus hijau Bangi kami!


Image
Alahai Shila yang baik... terima kasih! tiba di pejabat pagi ini, sudut masuk ke bilik kerja saya sudah dihias dua pasu baru. daun keladi yang entah diambilnya dari mana, dipajang cantik. kebetulan saja, saya pahatkan di dinding surah ar Rahman: 1-7, yang bercerita tentang tumbuhan... Tuhan yang Pemurah, yang mengajarkan al Quran. Dia mencipta manusia, mengajarnya pandai berbicara, matahari dan bulan menurut perhitungan dan tumbuh-tumbuhan dan pohon-pohon tunduk kepada-Nya. Dan Dia meninggikan langit dan meletakkan neraca keadilan. Saya seperti sudah pernah menulis ayat ini di sini...
Image
Ketika di Smithsonian, saya terkasima dapat menyentuh patung batu ini. saya seronok menelaah tentang moai ketika mengetahui tentang siri keajaiban dunia. begitu juga ketika mengkaji Naratif Ogonshoto (kajian etimologi bahasa Polynesia: Rai Rapa, Tangata Manu), luar biasa sekali! kali ini saya rakamkan ruang Smithsonian yang mengepung imaginasi untuk terus duduk lama di ruangnya. ya, nantikan cerpen terbaru saya!



Image
Saya membelek Dewan Sastera Mac 2010, membaca laporan HSPM. hey, masitah kecil saya diletakkan dalam senarai akhir kategori genre kumpulan cerpen. alahai masitahku!
Image
Lagi narasi tentang cokelat! ini rakaman foto cokelat Kak Ina, jiran saya yang baik hati. sdr boleh hubungi Kak Ina di 0193427400 untuk bertanya lanjut....yummy! (foto boleh dibesarkan, klik!)
Image
Hujung minggu yang panjang, saya berehat lama di dalam kemah kecil Alif Matiin di bawah payungan buluh yang kian tinggi dan meneduhkan, di belakang rumah. enak juga rupanya membaca sambil berbaring, mengintai langit biru berselang daun runcing buluh yang kadangkala dicelah sinar matahari musim panas ini.