TAHNIAH!
 
mahasiswa SKMM1043 Cerpen Melayu dan SKMM6053 Seminar Sastera Bandingan yang menjayakan Hari Susastera@blogspot.com. sebanyak 13 blog sasterawan dan tokoh sastera bandingan dilancarkan oleh Prof Dr Ungku Maimunah Mohd Tahir sebagai tokoh jemputan. tokoh yang difokuskan kali ini adalah Ungku Maimunah Mohd Tahir, Budi Darma, Rattiya Saleh, Ishak Hj Muhammad, Usman Awang, Hamzah Hussain, Awam-il-Sarkam, A. Samad Said, Salmi Manja, Abdullah Tahir, Mana Sikana, Ali Majod dan Zaharah Nawawi. acara ini merupakan sebahagian penilaian kursus berkenaan; kali kedua ia dianjurkan mahasiswa sendiri. silalah berkunjung dan berilah tanggapan menambahbaik...

Comments

Zaleha said…
Salam,

Tahniah untuk usaha mewujudkan blog-blog tentang sasterawan2 kita ini. Ini satu kaedah yang sangat murni dalam memelihara legasi sastera Melayu Malaysia yang sangat kontang dengan dokumentasi apa-apapun, terutamanya dalam soal seni dan sastera.

Syabas untuk para perantis (aka anak didik) MS yang bertungkus lumus menghasilkan material2 tidak ternilai ini (walaupun ia asalnya seperti sebahagian daripada kerja kursus masing2).

Semoga usaha sdr/i diberkati Allah SWT. Moga2 dokumentasi ini akan lama hayatnya di alam maya.

Salam hormat,
ZA
wardah munirah said…
Assalammualaikum, Dr. Mawar

Semoga segalanya berjalan lancar ya.
Mawar said…
Zaleha
terima kasih atas sokongan. ya, ini wadah semasa. harus dimanfaatkan untuk tujuan yang sama - pelestarian sastera Melayu!
Mawar said…
Wardah,
terima kasih atas ingatan.