Posts

Showing posts from August, 2015
Image
Saya suka foto ini. Kecintaannya.
Image
Minggu ini sekali lagi bekerja di luar kampus, membawa hati saya ke sebuah penjuru menghampiri keterasingan. Saya percaya apabila kita menjauhi lajur monotonous, kita mampu melihat apa yang selama ini diambil mudah. Banyak juga introspeksi yang dijengah. Dan segala-galanya membuat saya begitu malu, ibaratnya berdiri di hadapan cermin magis yang bukan hanya memantulkan kedunguan sendiri. Cermin (mungkin di almari sebelah ini dari hotel penginapan) yang boleh menelan saya menyertai daerah penuh rahasia.
Image
Selalukah Sdr bertembung dengan pertanyaan tentang ketaatan Sdr  pada sekian hari, sekian detik? Saat banyak yang terlupakan, lalai mengikat atau kesibukan menjadi penjara. Ya Allah, ampuni kami, tutuplah keaiban kami, terimalah taubat kami....
Image
Catatan kecil buat yang dikasihi...


Terima kasih editornya, Sdr Fad
Image
Selamat datang kepada semua peserta Bengkel Penulisan Kreatif (Cerpen) UKM-DBP 2015!
Image
Peserta Bengkel Penulisan Kreatif (Cerpen) UKM-DBP 2015: Saya selalu percaya, dalam kerja mencari ilmu, persediaan pertamanya adalah kerendahan hati. 
Image
Kepada semua peserta bengkel, harinya semakin dekat. Mudah mudahan Sdr sedang membaca dengan tekun bahan yang saya emelkan. Mudah-mudahan hasrat dan usaha kita dilihat Allah sebagai ibadah dan kita terus dalam ketaatan kepada-Nya. Hingga jumpa, insya Allah!
Image
Kerja pertengahan minggu yang sangat menyenangkan, melihat garis lurus yang panjang antara laut dengan langit. Apalagi saat warna jingga mula menebar pada lewat senja. Kerja pejabat yang saya jinjing terasa  ringan apabila duduk berdepan dengan angin pantai Laut China Selatan...

Image
Jamuan Syawal menutup lebaran yang diraikan di fakuti kami semalam. Banyak yang mengimbas saya kepada Ramadhan yang baru ditinggalkan. Layakkah saya diterima Allah sebagai hamba yang menang dalam pertarungan Ramadhan lalu. Atau saya sama sekali dan sekali lagi kecundang. Untuk mengangkat muka pun saya tidak punya daya...
Image
Selamat hari lahir buat Zahar.  Aliif Matiin sedang menyediakan kad ucapan buat Bapak (kawan bergaduh dan tempat mengadu). Ahli rumah ini, tradisinya akan meraikan hari lahir masing-masing 24 jam sebelum dan selepas. Jadi malam tadi kami duduk  untuk makan bersama yang lewat. Sate goreng dan kuah kacang, yang bumbunya saya perolehi daripada seorang adik, chef pelantar minyak yang ikhlas. 
Rahmat-Nya dan umur taat buat Zahar yang dikasihi Allah!
Image
Benar, antara pesanan  si bulan penuh di penjuru jendela, seringlah menziarahi  perkuburan. Akan banyak nanti yang dibawa pulang; bukan hanya sendu, sebak atau nostalgia yang panjang. Berat benar hati saya mahu melangkah meninggalkan, bagai diikat kaki saya untuk terus berlama. 


Jarang sekali saya dapat menziarahi tiga pusara di tempat yang berbeza pada hari yang sama.  Allah.  Betapa hampirnya  dengan titik akhir saya sendiri!
Dan bagaimana pula dia yang sudah pulang itu menemukan saya dengan sahabat yang sangat menghargai dan mengasihi. Allah. Siapa yang pernah menduga, pusara mampu menawarkan banyak cerita. Ya, saya menjinjing pulang narasi tentang negeri abadi.
Image
Antara perasaan apabila usainya Ramadhan adalah rindu, takut dan harap. Rindunya kita pada semua yang diatur semasa Ramadhan; kesibukan untuk taat dan jadual makan yang sangat dirapikan. Sekarang memikirkan kembali apa yang telah dilakukan sepanjang Ramadhan, betapa takutnya jika ia hanyalah sia-sia. Ia mungkin tidak lebih daripada sebuah adegan semusim. Dan, bagaimana harapan yang digantung agar bertemu lagi Ramadhan dan mudah-mudahan ia dapat disempurnakan lagi.  Insya Allah.