Posts

Showing posts from March, 2012
Image
Bukankah telah Aku katakan kepada kamu, bahawa Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu nyatakan dan yang kamu sembunyikan? (baqarah: 33). lewat senja kelmarin ada pelangi yang merentang di langit. dengan girang  Alif Matiin menudingnya dari dalam kereta. "semua orang mesti happy lihat rainbow, kan mummy?" hati saya kembang bagai bunga. ternyata anak saya sangat gembira setiap kali melihat pelangi. masya Allah, penciptaan yang indah dengan rahsia milik-Nya. dan kami mula menyanyi lagu pelangi!
Image
Saya meneruskan pembacaan, pada lebih seratus halaman, masih dibahaskan tentang tafsir hamdalah . betapa banyak yang harus disyukuri. namun terdapat tiga kecacatan dalam peradaban manusia: masih ada yang tidak mempercayai Allah pencipta alam semesta, akal dan ilmu digunakan untuk kerosakan dan manusia suka memuji selain Allah. saya jadi berdebar-debar apabila tiba di halaman ini. semalam, mahasiswa saya menghadiri satu acara sastera dan populariti, menceritakan mereka menemui watak ilmuwan yang angkuh. saya jadi malu sendiri! saya menyambung bacaan. bukan bilangan ribuan kali alhamdulillahi rabbil alamin yang disebut; ia terletak pada pengertian dan adab memaksudkannya.
Image
Saya tahu, ini bukan masa yang sesuai. saya seharusnya tidak berada di ruang ini pada hujung minggu, semalam. tapi rasanya inilah penanda aras yang saya berada di bawah tekanan dan perlukan terapi. ya, sebaik bersarapan, saya terus membuka buku resepi, mencari karung tepung, gula perang, marjerin, vanilla dan mencari semula baki bijirin campuran strawberi sarapan Zahar. ya, sekejap sahaja biskut yang saya sapukan sedikit cokelat di permukaannya untuk tambahan rasa, sudah keluar dari ketuhar dengan  bahang yang meliar. saya dapat melihat tekanan dan kebimbangan saya turut berterbangan. namun sekejap itu saya mencari-cari siapa pula yang boleh membersihkan dapur saya yang sudah berserakan! 
Image
Tiba-tiba saya mempunyai tarikh-tarikh akhir menyiapkan pelbagai tugasan, yang sangat panjang. ya Allah! dari tugas rasmi kepada yang melibatkan pihak luar. membaca untuk penilaian, membaca tesis pelajar, membaca teks untuk kerja transformasi, laporan penyelidikan, kertas yang harus dihantar, pengisian untuk bercakap dalam forum,  menyiapkan manuskrip dan ... dan .... rabbi yassir wala tuassir!
Image
Ali Majod meninggal dunia petang ini. itu berita di fb. untuk kuliah kursus cerpen minggu depan, saya menyediakan bahan untuk pengarang dekad 70-an. nama Ali Majod tidak boleh ditinggalkan. dalam kursus yang sama, beberapa sesi lepas mahasiswa menyediakan blognya sebagai tugasan. almarhum sangat akrab dengan MPR dan saya bukan alumninya. namun saya pernah mendapat nasihat Pak Ali agar selalu merujuk al Quran dalam berkarya. saya masih ingat latar nasihat itu, di penjuru bangunan DBP lama. al fatehah buat Pak Ali yang budiman. semoga perjalanan pulangnya yang paling aman dan dalam redha Allah.
Image
Rakaman surah al anfaal:2, lima golongan orang beriman adalah: hati yang gementar apabila disebut nama Allah bertambah iman apabila dibacakan ayat-ayat Allah kepada Allah dia bertawwakal mendirikan solat   menafkahkan harta yang diberikan kepadanya. Allah, sayakah debu yang berterbangan?
Image
Untuk sekian lama saya tahu ada yang jarang membaca doa qunut dalam solat subuh dan tahu ia harus ditambah dengan sujud sahwi.  di Haram, imam tidak mengamalkannya. mungkin itu menjadi alasan. ada yang sesekali membacanya, sedang sangat sedar makna doa itu merupakan permintaan dan permohonan ampun kepada Allah. dan saya benar-benar mahu  memaknakannya hari ini. Allah, redhailah saya!  salawat dan salam buat Rasulullah.
Image
Ini adalah majalah mingguan langganan Zahar. biasa dibaca di  meja makan. semalam sempat saya menyelak halaman akhir tentang penulis buku komik Stan Lee untuk ruangan 10 soalan. saya senang mendengar dua jawapan terakhirnya. ya, dia mengahwini Joanie untuk sekian 64 tahun dan jawapannya   untuk keluarbiasaan itu adalah you just marry the right girl!
Image
Pertemuan pertama kami berjejak ketika saya memanjat bukit Montmarte dua tahun sudah. Ya, memang jauh di sana . Seusai melewati beberapa bumbung kedai cenderamata dan café yang banyak, saya tiba di situ. Seratus meter ke hadapan dari sebuah café merah – dari bumbung hingga kepada pakain seragam para pelayannya. Serba merah. Saya   melihat dia. Inilah latar cerpen lama saya ini lewat kembara, “… ada kiriman dupa   dari Negara Seribu Pura, ” tulisnya. dan ini saya yang dirakam si Darwin. saya teringat kenangan ini kerana ada sahabat yang akan memanjat ke sana minggu hadapan!
Image
Image
Saya masih belum memahami untuk menjadi kekasih Allah mahupun Rasulullah. ya Allah ampunkan saya! begitu saya sangat menyedari adab menjadi kekasih iaitu adanya cinta, adanya rindu, adanya debar setiap kali bertemu. kadangkala dicelahi malu. ada sebahagian pengalaman, saya merasakannya. tapi untuk bergelar kekasih, saya sendiri yang tahu di mana letak diri. ya Allah ampunkan saya. antara halaman awal buku yang sedang saya tekuni ini menyatakan antara syaratnya ialah membuang nafsu. Allahu akhbar! betapa banyaknya dinding yang mengepung dan saya seakan-akan dikurung dan dipenjara di dalamnya. saya sangat malu apabila menerima hadiah ini sempena hari lahir yang lalu. Nis, saya masih belajar untuk menjadi kekasih.
Image
Buku ini memenangi Anugerah Buku Negara 2012: Best General Book (Fiction) anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara dan The Oxford Centre for Excellence, UK. menariknya pengarang kumpulan cerpen ini merupakan penyair yang masyhur! Laut Takjub oleh SN Kemala.
Image
Saya yang paling awal rupanya. Sedang dua lagi lelaki di rumah saya sehingga azan maghrib, masih belum kelihatan bayang mereka di pintu pagar yang saya biarkan ternganga. sebaik saya menyempurnakan doa selepas azan, Alif Matiin memberi salam. mummy terbaik! katanya. sambil mencium rambutnya yang harum saya bertanya mengapa? sebab mummy bukakan pintu pagar dan sediakan minuman ketika kami pulang. Allahu akhbar! saat itu saya  merasakan diri semakin tua. bukankah antara sifat menjadi tua apabila kita begitu bersyukur dengan  penghargaan. Allah, sedikit demi sedikit saya mula merasakannya. saya sangat sedar ia bukan sama sekali riak. sebaliknya rasa kehadiran dan kewujudan. saya segera teringat beberapa episod yang berlaku di pejabat siang tadi. saya mengalami perasaan yang sama, sangat dihargai. dan sekarang, saat menulis ini, saya tiba-tiba menjadi begitu malu. ya Allah, semua itu adalah rakaman rasa manusia. sedang, apa pula pandangan Allah terhadap saya. mengapa saya terlalu mem
Image
Saya terbaca sebuah narasi seorang nenek didakwa di mahkamah di sebuah daerah di Indonesia kerana mencuri ubi kayu. ternyata nenek itu miskin dan harus menyara anak yang sakit dan cucu yang lapar. kebetulan untuk kuliah esok, kami akan membaca sebuah cerpen lama zaman Jepun tulisan  A Samad Ismail, Ubi Kayu. saya jadi begitu insaf membayangkan banyaknya makanan di dapur. saya juga segera teringat waktu kecil nenek pernah mengajar saya makan ubi rebus atau ubi goreng dicecah sambal tumis ikan bilis. ia ternyata enak dan saya sangat bersyukur, ya Allah.