Pertemuan pertama kami berjejak ketika saya memanjat bukit Montmarte dua tahun sudah. Ya, memang jauh di sana. Seusai melewati beberapa bumbung kedai cenderamata dan café yang banyak, saya tiba di situ. Seratus meter ke hadapan dari sebuah café merah – dari bumbung hingga kepada pakain seragam para pelayannya. Serba merah. Saya  melihat dia. Inilah latar cerpen lama saya ini lewat kembara, “… ada kiriman dupa  dari Negara Seribu Pura, ” tulisnya.




dan ini saya yang dirakam si Darwin. saya teringat kenangan ini kerana ada sahabat yang akan memanjat ke sana minggu hadapan!

Comments

....dari arah tangga paling atas mengarah ke kanan setelah melewati jejeran dan kelompok pelukis di situ pohon mulberi yang sedang amat rendang kerana aku tiba di musim panas. Aku sedang menuju ke bangungan apartemen lama di situ studio Piccasso...selamat datang ke Mornmarte ...
(Nota kembara Siti 1986....)
Mawar said…
Bonda Siti
rindu!
Anakanda Mawar, sesekali rancanglah program sederhana, bicara sastera bersama pelajar dengan anak kampung di Mandrasah Seni @ Madrasah Tarbiah. Biasanya sebulan sekali Pemuda Madrasah Seni akan buat acara bengkel penulisan (bimbingan Dinsman) berselang dengan berlongsi ilmu (anika bidang). April ini kami mengenang jasa SN Dato A Samad Said sempena Ulangtahun kelahirannya. Tarikh akan ditetapkan..Sampai jumpa dengan pelajar sastera budaya UKM?
Mawar said…
Bonda
insya Allah boleh diusahakan...
salam... mcm mna nk apply widget join this site dlma blog???