Posts

Showing posts from April, 2020
Image
Semenjak musim hawar berlangsung, kami sudah kehilangan banyak. Lebih-lebih lagi sahabat al-Qur’an yang sebelum ini selalu ada. Saya tidak tahu ke mana dia. Mungkin juga dia sudah dighaibkan selubung gelap menerusi kayu sakti sang penyulap. Mungkin juga dia berselindung di balik kotak hijab ajaib bagi mengelak daripada dijangkiti.  ~ Sulapan Tujuh Pencinta ( Berita Harian, 24 April 2020) ~
Image
Sejak 18 Mac, saya dan Sdr juga mula menjalani kehidupan baru. Walau dalam ruang penyendirian, jarak dengan rakan sekerja dan mahasiswa tidaklah sebenarnya berukuran satu meter. Hampir setiap hari kuliah, perbincangan, atau mesyuarat dilakukan melalui pelbagai wahana. Dari zoom, meet, atau teams, wa juga. Mungkin ini yang lebih mengakrabkan. Ini kehidupan baru yang harus kita maknakan. Sdr, saya sudah diasuh untuk berjarak sebelum musim penyendirian. Walau awal minggu saya mengalami kemurungan, saya kian bersetuju kita harus menerima kenyataan baru ini. 
Image
Cerpen saya Sulapan Tujuh Pencinta dalam Berita Harian semalam, 26 April 2020.  Terima kasih Editornya Sdr Mohd Nazmi Yaakub. Ia perihal wabah. Dan saya disulap ke Konya.
Image
Kita tidak tahu takdir kita besok bagaimana rupanya. Sepertimana saya meninggalkan ruangan ini kira-kira sebulan lalu, saya tidak tahu sebegini lama mereka akan jadi sendiri. Sepanjang musim penyendirian ini, saya belajar untuk menerima jalan yang diatur. Walau saya sedih. Walau saya kehilangan setiap satunya. 
Image
Memilih buku dari rak untuk diulang ziarah dalam musim wabah. Menemukan saya banyak makna baru dalam lingkungan terkini. Bukan hanya menekuni kisah siasah yang terdera atau riwayat cinta yang diperdaya. Saya turut membaca antara baris buku akan hasrat manusia yang liar, kini kembali wajar. Dan di hujung rak saya berjumpa watak lama yang mempunyai kayu sakti untuk mengubah gerak cerita, latar dan dialog mengikut plot magisnya. Aneka keanehan makna baru yang dibentangkan dalam setiap kotak rak buku sepanjang waktu hawar begini, Sdr. 
Image
Pastinya Sdr terus membaca dalam rutinitas yang sama sekali berbeda sepanjang musim penyendirian ini. Saya juga. Bacaan yang baru atau menziarahi yang langka. Buku yang sama tapi kita menelaah dalam ruang yang berbeda. Nantinya akan ditawarkan makna yang berlainan juga. Benar Sdr, dalam musim penyendirian begini, hampir semuanya berjarak dan berbeda. Namun saya percaya, dalam jarak dan penyendirian, kita masih ada kesalingan. Atau mungkin kita tidak menyedari bahawa kesalingan itu terus mengikat. 
Image
Saya bertemu dengannya di sini. Atau ini mimpi. Atau ini realiti. Realiti maya. 
Image
Saya terpempan Sdr. Wahai Tuhan, sebagai pengemis saya datang di hadapan-Mu hanya untuk mengajukan sebuah permohonan. Ia lebih daripada apa yang dipinta seorang raja.  Jika masing-masing hanya meminta apa yang diperlukan mereka, saya datang  kepada-Mu hanya untuk satu.  Meminta Diri-Mu semata. ~ Khwajah al Anshari ~
Image
Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan.  Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. (al Insyirah 5-6)