Posts

Showing posts from June, 2019
Image
Beberapa hari ini dari dalam gua, saya melihat laut dan pulau yang akan saya datangi.  Pada masa yang sama saya membaca dan menekuni lara yang saya jinjing menuju labuhan sukma.
Image
Apa lagi yang mahu dihirau, apa lagi yang perlu diberi peduli.  Selain melihat kenangan yang hilang dan ingatan berlalu pergi.
Image
Mudah mudahan diberikan penyembuhan dan pengampunan. Cepat kebah!
Image
Antara tuntutan  kerjaya saya sejak kebelakangan ini adalah penulisan dalam jurnal yang ditampal jenamanya sebagai scopus atau isi atau wos. Sdr tahu, ia adalah pasar, tempat jual beli ilmu. Dan hampir semua orang tahu berapa harganya untuk lolos ke medan pasaran itu.  Saban hari, minggu dan bulan, ketua saya akan memperaga iklan, siapa yang berhasil. Setiapnya dihitung dan mereka dijulang sebagai juara. Dan Sdr tahu, saya tidak peduli itu semua. Saya sama sekali curiga akan muslihat urusniaga tersebut. Saya menulis bukan untuk dihitung atau diadu lomba.
Image
Duduk di penjuru kepedulian ini,  menemukan saya akan aksara dusta dan rangkap pura-pura.
Image
Saya didatangi mahasiswa yang membawa bersamanya beban kerunsingan. Kami sama-sama di akhir perbincangan mengakui bahawa dunia adalah taman permainan, tipu daya dan pura-pura.
Image
Bersiap
Image
Lagi lagi rumah terbuka hari raya. Saya mahu masuk gua.
Buat pudding roti dengan baki kurma Ramadhan disiram kuah kastard.
Membaca dan menulis.
Image
Cerpen terkini saya di Berita Harian 16 Jun 2019. Terima kasih Sdr Nazmi Yaakub atas penyiaran ini. Sekali lagi, pertemuan saya dan Riz. Kali ini yang menyertai adalah lelaki sang penyair yang juga pencinta azan. Mereka bertemu di langit dini. Wajahnya adalah bulan dan matanya adalah bintang. Benar, bintang yang satu di langit dini. Memerihalkan tentang kehilangan dan harapan.
Image
Kenangan lalu
Image
Masih lagi tentang juz Amma. Dalam tas tangan, saya membawa ke mana-mana buku kecil juz Amma ini, dihadiahkan seorang sahabat pencinta al-Qur'an. Ingat buku kecil ini. Ingat AM. Ingat sahabat al-Qur'an, saya jadi malu kerana tidak hafal hafal. Saya berusaha untuk menghafalnya sekarang.
Image
Sdr percaya, masih banyak surah dari juz Amma yang belum saya hafal; hatta surah yang pendek. Sepanjang cuti Syawalnya, AM membantu saya mengulang ingat. Ada kaedah yang dipelajari dari Ustaz Iqbal, digunakan untuk sesi hafazan saya. Ya Allah, saya terasa sangat tua apabila sukar sekali untuk hafal semula. Saya masih mahu mempertahankan, mummy ingat hafal masa kecil dulu. Perlahan suara AM, mummy hafal main-main. 
Image
Mudah mudahan kita masih terus dengan keindahan Ramadhan.  Mahu selalu jadi ahli berbuat kebaikan.
Image
Eid Mubarak. Taqabbalallahu minna waminkum. Mudah mudahan kita terus mendakap al-Qur'an dan amal soleh lainnya.
Image
Sewaktu menguak lawang Ramadhan, ini foto entri saya. Saya menutup juga dengan yang sama. Kesedihan saya kerana masih gagal walau cuba melakukan yang terbaik. Apalagi yang dapat saya perbuat selain terus berdoa. Ramadhan akan datang, insya-Allah, cuba perbaiki lagi. Sementara itu tekal dengan asuhannya.
Image
Saat kami menyudahkan bacaan,  mudah-mudahan kami terus bersahabat demi al-Qur'an-Mu, ya Tawwab.  Perkenankanlah.
Image
Menghampiri tikungan tempat berpisah. Ya, Allah, mudah mudahan pertemuan kembali nanti yang lebih indah.
Image
Ya Ghaffar, berikan dia pengampunan dan penyembuhan-Mu.  Doa saya adalah dakapan dari jauh.