Posts

Showing posts from June, 2009
Image
Berkali-kali mimpi ini datang dan ia begitu dekat. saya seperti melangkah masuk ke sebuah toko barangan Jepun yang sangat meriah. bercerita dengan Zahar rupanya Togari juga pernah mengisahkan perihal yang sama. tiba-tiba saja mimpi berada di depan mata saat kami enak bercerita! lucu dan indah rupanya bila mimpi jadi nyata ... ohaiyo gozaimas.
Image
Mawar, whose passion is experimentation, is rather straighforward in the short story, Message of Incense fron the Land of a Thousand Pura . She interweaves the real world and subconscious awareness, presence and absence, quest in life and loss of its meaning, in the midst of a nations grief. (Muhammad Haji Salleh, Sea of Rainbows , ITNM 2009).
Image
Antologi ini mengambil judul cerpen pemenang utama, adinda Serunai Faqir, dalam Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2008. cerpen saya turut mengisi - dia dari penjuru tahun lalu . antara komen panel penilai: cerpen ini mengangkat isu berkaitan potensi dan kualiti hidup masa depan wanita profesional selepas usia persaraan. idea cerpen ini terlihat segar dan progresif apabila cuba mengubah persepsi sosial yg sudah sebati bahawa wanita pesara tidak lagi perlu bergerak aktif...anjakan paradigma diajukan melalui penstrukturan semula persepsi lazim dengan mewujudkan sebuah komuniti wanita pesara... cerpen ini diperkuat oleh jalinan bahasa yg lancar ... bahasanya terpelihara dlm tatagubahan yg serasi dgn subjek cerita.
Image
Bagi yang sejiwa dengan saya tentang cokelat, ayuh ke coklathalal.com ! Jom...
Image
Senangnya hati muffin blueberry saya menjadi untuk Abah. Resepinya mudah sebab hanya guna tepung segera, baur air dan minyak jagung selain tambah jem anggur birunya ! Selamat Hari Bapa!
Image
Manis sekali bila sahabat lama tiba-tiba muncul dan menyapa khabar. Hati pasti jadi berbunga seperti sahabat saya ini yang muncul di taman kecil kami!
Image
Tulisan terbaru saya, dalam himpunan esei buku ini, Tragedi dan Kreativiti dalam Novel Melayu.
Image
Sdr dipersilakan menyertai Bengkel Penulisan Cerpen Kepezi 3-2009 pada 1-2 Ogos 2009 di DBP KL anjuran KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) bermula 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Yuran termasuk bimbingan dan jamuan (penginapan sendiri). Peserta tidak melebihi 20 orang. Bimbingan oleh Zaharah Nawawi & Mawar Shafei. Sdr dikehendaki menyediakan cerpen sepanjang 8 halaman ditaip langkau 2 baris dan menggunakan jenis huruf Times New Roman. Emel cerpen kepada Zaharah Nawawi di nemoku@tm.net.my berserta nama dan alamat penuh, no telefon, e-mel serta no kad pengenalan selewatnya 24 Julai 2009. Keterangan lanjut tel: 016-255 7030, 03-5635 3733. * Penyertaan awal diutamakan. * Sebarang perubahan tarikh dan tempat, akan dimaklumkan melalui e-mel peribadi, sms atau semak di http://kepezi.blogspot.com/ * Penyertaan secara automatik menjadi ahli Kepezi yang tidak memerlukan bayaran yuran dan tanpa tempoh masa. jumpa nanti ya!
Image
Awal pagi ini hujan sebentar dan saya dapat rasakan Tuhan mahu kita bahagia (baca: berfikir) sejenak sedang panas dan jerebu mengepung udara. saya juga pernah menulis tentang BYOBD - bawa beg sendiri waktu ke pasar atau mall. ini hadiah kecil kita untuk bumi, kan?
Image
mawar yang tumbuh cantik di sudut lawang Niujie Qingzhensi, Beijing. saya senang dengan bancuhan Islam dan Cina lama di masjid lebih seribu tahun, sejak Dinasti Liao (tahun 996) ini. seusai zohor saya bertemu pula Hadeejah, perempuan Xinjiang yang rona wajahnya seperti mawar yang sering memerangkap cinta...
Image
Wahai Tuhan yang sering memadam duka manusia, begitu banyakkah isyarat yang Kau hantar dan ternyata kami masih belum dapat mengerti? ( Dewan Sastera , Jun 2009) Cerpen saya ini bersama cerpen Siti Jasmina Ibrahim ( Entah Bila Sudahnya ), Faisal Tehrani ( Manifesto Mergastua ) dan Osman Dol ( Saya Mesti Teruskan!) Terima kasih kepada Dr Silfia Hanani Syafei dan Dr Suryadi yang menulis tentang Masitah.
Image
Hanya untuk makluman... alhamdulillah. selamat untuk kawan2 lain juga ( Mingguan Malaysia, Jun 7, 2009)
Image
Memanjat bukit bertangga batu ini melelahkan, sungguh. sambil meneguk air membuang mengah, madah Laozi seperti datang bersama angin dari gunung, the best of man is like water, which benefits all things, and does not contend with them (Dao De Jing, 2003). Foto ini saya rakam dari sebuah lukisan dalam kembara ke Beijing. ini kerja mimesis juga...
Image
  Foto ini saya rakam dari sebuah toko di bandaraya Beijing. kota ini saya namakan Kota Mawar kerana sepanjang lebuh raya dari lapangan terbang, pembahagi jalannya ditumbuhi kembang mawar pelbagai warna. bunga cantik ini saya lihat seperti gadis manis yang dilukis... * * * Anak Cina pulang ke China Anak Jambi pulang ke Jambi Puas sudah saya bertanya Belum dapat bunga yang wangi.