Posts

Showing posts from December, 2009
Image
Hey, saya mahu berlari jauh dari rutin. ayuh, kita ke pantai, bersama angin, ombak dan asin dari tanjung biru!
Image
Aneh sekali, tahun ini kami bekerja dengan seribu lelah. sebelum benar-benar menutup lawang 2009, kini sudah bermula kerja tahun hadapan saat mahasiswa memasuki semester baru isnin lalu. begitu dua minggu ini, kami sudah menyelak takwim 2010. saya seperti sang burung dalam lakaran yang berjudul The Wanderer ini, dan melayah terus ...
Image
Angin di penjuru tahun seperti selalu, membawa banyak cerita. banyak versi yang dikirim. kita akhirnya jadi mahu membaca masa lampau atau apa yang sudah dilewati selama kurang lebih 365 hari. namun indah sekali di sebuah petang, dalam deru angin yang mencengkam, bersama redup suasana, dari taman di rumah, saya mendongak, ada layang-layang pelbagai rupa dan warna, kembali membawa saya terbang. o, asyiknya!
Image
Sahabat semua dipersilakan hadir ya!
Image
Daisy terselit di kotak surat. Saya terima dengan rasa sangat bahagia sebagai hadiah tahun baru. Ia juga hadiah ulang tahun. Ia juga hadiah persahabatan. Terima kasih si pencari Jung Woo-sung! Selamat Tahun Baru 1431.
Image
Seharian mengurus perihal duniawi, usai hari terakhir 1430, saya memasuki masjid dengan kaki letih bercampur gembira untuk mendakap tahun baru. namun aneh sekali masjid sepi; hinggakan saya kembali mencongak, esokkah satu muharam? tapi akhirnya azan maghrib yang lewat, memujuk saya. seusai solat jemaah satu saf, saya memandu membeluk malam yang ada sisa hujan bersama baki hiba kerana tiada yang memimpin doa penutup dan awal tahun. tiba di rumah menghadap berita tv, saya tahu pasukan bola sepak negara menang di Vientiane. oh, saya semakin kesal jika itulah punca si ketua doa, terlewat untuk bersama-sama kami di masjid tadi....
Image
Majlis Bicara Karya Sasterawan Negara Dato' Anwar Ridhwan
Disember 19, MPH MidValley, 2 hingga 3 petang. jumpa ya!
Image
Menarik sekali di kelas cuti sekolah kami, ada Sangitha dan Azizi!
Image
Saya senang mengenali dengan akrab sarjana sasterawan budiman ini, sejak 1999. sangat merendah hati walau ilmunya melaut dan itu banyak mendidik saya untuk jadi sepertinya... saya mahu membaca lagi olenka, orang-orang bloomington, rafilus dan sangat mahu memiliki laki-laki lain dalam secarik surat. terima kasih Pak Budi!
Image
Banyak yang harus kita terima dan redha dalam hidup. saya pasti banyak rahsia yang Disimpan-Nya dan kita sering menduga-duga... foto manis ini oleh Eni, anak bijak dari kem cuti sekolah.
Image
kisah ikan. dengan rasa bersalah dan kesal, sedih pastinya, saya berdoa agar fansuri tidak mati setelah melompat keluar dari kolamnya. doa saya ternyata dimakbul Dia. saya pindahkan fansuri dan si kecil nadim ke kolam yang lebih selesa. aneh, pulang dari kerja, saya tidak melihat nadim. sebaliknya hanya fansuri dengan lenggok perlahannya seperti sedang menanti. atau nadim memberi nyawa kepada fansuri, langsung pergi meninggalkan kami...