Posts

Showing posts from February, 2011
Image
Terima kasih buat Zahar dan Alif Matiin yang meraikan tahun kelahiran bermakna kali ini dengan kek cokelat yang enak. terima kasih buat semua yang mengirim ingatan dan doa lewat sms dan fb. hanya Allah yang memulangkan kebaikan sdr. doa saya mengiringi persahabatan dan persaudaraan kita. buat wanita tercinta, hanya syurga saya mohon Allah kurniakan buat bonda kerana melahir dan mengasuh saya.

Terima kasih Tuan Editor, Sdr Ku Seman Ku Hussain atas penyiaran cerpen ini pada 27 Februari di Mingguan Malaysia!
Image
Membaca lagi tentang akhlak Rasulullah, antara catatan saya: sifat pemurah baginda dalam hal kebaikan, lebih cepat daripada angin yang bertiup. begitu baginda membesarkan nikmat sekalipun sedikit. ketawa baginda adalah senyuman. dan betapa al Quran menjadi akhlaknya.
sallallahu alaihi wassalam...
Image
Menjelang maghrib, saya membacakan sebahagian riwayat keluarga Rasulullah dan bahagianya mengikuti bab akhlak baginda yang indah dan terpuji. seusai solat jemaah, saya beberapa kali memberitahu Alif Matiin, kita sedang meraikan hari kelahiran Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassalam. harus banyak salawat buat kekasih Allah. Si kecil saya riang bukan kepalang bila mendengar hari lahir. dan dapur saya lagaknya seperti malam lebaran, sedang Alif Matiin mendayu-dayu bertakbir raya di ruang tamu! alahai, anakku...
Image
Dua buku baru. tahniah buat Nis. terima kasih atas hadiah cantik ini, buku merah jambu Rindu Seorang Rafik. terima kasih juga kepada kawan-kawan yang menulis sama dalam Bagaimana Saya Menulis.

Image
Dalam perjalanan ke sekolah Mohican, kami ditahan polis. mummy berlagak tenang apabila menyedari tali pinggang keselamatan bergantungan di sebelah Mohican. cepat menurunkan cermin tingkap, tanpa disuruh-suruh Mohican menjeritkan selamat pagi. kenapa tak pakai tali pinggang? cepatnya mummy beri jawapan yang masuk akal. lain kali pakai ya adik, encik polis mengusap rambut si kecil yang bergel. mummy mengerling Mohican memberi isyarat. si kecil saya menjerit lagi, terima kasih uncle polis!
Image
Lentera dan tahun baru khusus kali ini buat SL yang sudah berdua. xinian quaile dan selamat pengantin baru! saya menggantung lentera ikea di taman depan rumah sambil menikmati malam yang lengang.