Posts

Showing posts from September, 2014
Image
Lagi rakaman dari kembara April lalu...

Dewan Siswa 10/2014
Image
Chocolate fountain  dengan latar pokok dan buah koko di Pameran Hari Coklat dan Koko Malaysia 2014 di ruang pameran Mid Valley Megamall 27-28 September. Banyak yang saya kumpulkan ...
Image
Rakaman dari kembara April lalu. Terima kasih editornya, Sdr Fadhli al-Akiti yang menjadikan judulnya cantik dengan latar hijau.

Dewan Sastera 9/2014
Image
Jumpa ya!
Image
Saya akan bertemu susuk lelaki ini besok. Tahniah SN Prof Dr Muhammad Haji Salleh atas Anugerah Sastera MASTERA (Majlis Sastera Asia Tenggara) ke-5, mahaguru saya.
Image
Saya tahu Zahar seorang  yang kritis. Selama  menulis, Zahar menyedarkan, jarang ada antagonis dalam cerpen yang saya dihasilkan. Watak penjahat hanya berupa kenangan yang mahu dijauhi. Watak hitam adalah  hati protagonis sendiri (rujuk Masitah yang sudah tua di sebelah ini). Tambah Zahar lagi itu akibat tabiat saya yang suka mengelamun, berkhayal dan mengenang-ngenang. Jadi dalam karya terkini, Zahar dengan provokatif, mencabar saya untuk munculkan  si penjahat, penjarah yang bertemu dengan watak-watak baik saya. Kejamnya!
Image
Saya terjumpa ulasan ini. Terima kasih banyak! Klik.
Image
Saya kuburkan wassap mulai hari ini. Jumpa di ruang lain!

Ini catatan awal saya, sebelum  ditambah catatan baru ini. Saya menerima pop-in message yang antara lain menyatakan saya diberikan masa sehari tambahan untuk bersedia membayar perkhidmatan wassap. Beberapa teman menyatakan ia hanya spam, abaikan. Sedangkan banyak nombor luar negara dalam contact list saya menggunakan wassap. Jadi bagaimana ya?

Image
Pulang ke kampung mertua, selain memasak, yang menarik dilakukan ialah memancing dari kolam ikan. Isi lubuk talapia, haruan dan baung seperti menyerah diri. AM dan kumpulan sepupunya dengan mudah mendapat lebih sepuluh ekor setiap kali memasang umpan cacing yang dikais dari tanah di penjuru laman. Sebaik dibersihkan, ikan akan disalai berhampiran tembok kecil tempat kami selalu berkumpul waktu malam untuk sesi memanggang. O alangkah, saya, anak bandar yang sememangnya sukakan ikan, apa sahaja jenis ikan, sekarang asyik menguis isi ikan yang enak dengan bau salai sabut kelapa. Allah, saya teringat almarhumah omak mertuo den yang selalu menjanjikan masakan yang enak ikan sembilang salai masak lomak cili api...
Image
Musimnya datang lagi.  Pasti, setiap tahun kedatangan Zulhijjah, kenangan 2011/1432 masuk menyelinap. Memang saya sangat rasakan istimewanya menjadi hujjaj. Saya iringi doa buat sahabat yang menjadi jemputan Allah tahun ini - Maklong Hamidah, Sis Rohana, Dr Latiff dan Brother Salim Butler.  MasyaAllah tabarakallah. Haji yang mabrur!
Image
Musykil. Banyak yang aneh apabila satu siang, jalan di hadapan rumah kami yang masih elok, diturap Saya teringat jalan utama di persimpangan mantan padang golf yang berkeluk, berlubang besar, tidak pula dilapis baru. Pelik. Itu perkataan Alif Matiin suatu ketika dahulu apabila mendapat jawapan yang tidak menepati apa yang diharapkannya. Tapi bukankah al Qur'an selalu minta kita berfikir apabila berhadapan dengan segala yang aneh, musykil dan pelik itu?
Image
Banyak yang perlu dicatat, dikalam. Namun tidak semua harus dirakam dalam tulisan. Banyak juga yang harus disimpan dalam dada dan ketika itu hati dan akal akan serentak berkata, hanya Allah yang Lebih Mengerti.