Posts

Showing posts from April, 2018
Image
Tiada ralat, apalagi untuk disiarkan semula dengan foto penulis sebenar. Memang sifat alami dunia bahawa ia tidak pernah akan jadi adil.
Image
AM. Mudah-mudahan Allah menunjuk arah dan jalan keluar. Syafakallah.  Terima kasih yang datang berziarah.


Image
Ternyata si misteri ini masih hinggap di meja kerja dan sekejap mengibar-ngibarkan sayap tipisnya, memancing perhatian saya. Kemudian sebentar dia menyelinap entah di mana; antara buku-buku, pasu-pasu kecil di sudut tingkap atau seperti sengaja bergantungan di hujung impian saya. Apa juga rupa dan suasana, dia tetap menawan untuk terus duduk berlama di penjuru qalbu. 
Image
Ya. Cerpen terbaru saya yang disiarkan hari ini di Berita Harian 22 April 2018; dengan ilustrasi yang sangat serasi. Saya jarang merasakan seperti ini: saya menyayangi cerpen Labuhan Sukma di Kapiti. Cerpen yang sengaja saya simpan lama. Tidak siapa dapat meneka, ia mencipta tragedi.
Image
Sampai jumpa, SDD!
Image
Saya berasa dekat dengannya!
Image
Kupu-kupu biru. Ia menebar ilham yang bukan sedikit.

dia di jurus cermin
di bucu dinding
di siku buku
di juring jalan
di sudut paling hujung
dia di penjuru yang sangat rahasia.


Image
Untuk sekian kali. Ini bukan fb saya. Sekian tahun, saya sudah tidak wujud di sana.  Harap maklum. Terima kasih.
Image
Sdr dipersilakan hadir, penuh ta'azim.
Image
Ingkar dan kembali ingat. Dan mungkir lagi dan kemudian kembali sedar. Semakin saya mahu berlari jauh, ternyata saya kian tersandung dan jatuh. Sukar rupanya untuk menjejaki  jalan datang. Melihat rupa senja ini, ya, saya seperti tidak pernah belajar erti tahu diri ...
Image
Ini antara kepatuhan yang harus saya junjung menurut majikan kami.
Image
Saya bersyukur apabila berkesempatan menziarahi sahabat yang uzur. Bersyukur kerana Allah akan membentangkan jalan taat selepas keluar dari lawang rumah sakit. Saya akan mula mengenang,  betapa sukarnya untuk yang sakit meneruskan solah atau tadabbur al-Qur'an, apalagi mahu berpuasa atau ibadah khusus lain yang melibatkan pergerakan seperti lazimnya. Allah ya Allah. Dengan pelbagai wayar berselirat di seluruh badan, kesakitan demi kesakitan yang nyeri, perasaan sendiri yang entah bagaimana bergelayaran, dapatkah kekhusyukan hadir; sedangkan dalam sihat, saya selalu lalai. Pada kesempatan ini ingatan saya menuju guru Persatuan Bahasa Melayu kami, Cikgu Kamsani Selamat di IJN. Mudah mudahan budi mengasuh kami selama ini, memberikan kelapangan dalam urusan kesihatan dan ibadah Cikgu. Allah merahmati Cikgu yang budiman.
Image
Ros dan Syaf. Kami meraikan mempelai manis ini.  Saat mereka menjamah kek keju dan  mufin coklat, saya sengaja menyelak halaman Rumi dan membacakan ini: Aku memilih mencintaimu dalam diam, kerana dalam diam aku tak mendapatkan penolakan. Aku memilih mencintaimu dalam kesepian, kerana dalam kesepian tak ada yang memilikimu selain aku. Aku memilih mengagumimu dari jauh, kerana jarak akan melindungiku dari luka. Aku memilih menciummu dalam angin, kerana angin lebih lembut ketimbang bibirku. Aku memilih memelukmu dalam mimpi, kerana dalam mimpiku kau tak pernah berakhir.
Selamat Pengantin Baru R & S!