Posts

Showing posts from April, 2011
Image
Antara siri novel saya dan teman-teman membaca, menghayatinya dalam hidup remaja kami hampir tiga puluh tahun lampau. saya temui wajah kulit baru ini di PBKL. akan saya hadiahkan buat setiap mereka yang istimewa - Jane, An, Ijen, Mie dan seorang lagi yang kian jauh. siri seri melur yang banyak mengajar makna persahabatan, kasih sayang, kejayaan dan betapa indahnya ingatan kepada kawan...ps: Hani Bunny, terima kasih menemukan buku comel ini.
Image
Kami berutus surat sejak berusia kurang lebih 10 tahun sehingga mencecah satu dekad lamanya, sebelum terputus hubungan secara teknikal. dan menjelang ramadhan lalu saya dijejaki kembali. manisnya pertemuan pertama kali  setelah hampir 30 tahun bersahabat. terima kasih Hisham @ Batman kerana sudi datang sempena majlis pelancaran BSM di PWTC kelmarin.

Image
al Fatehah kami sekeluarga buat almarhum sahabat saya, Prof. Madya Dr. Ahmad Redzuwan Mohd. Yunus, Pensyarah Jabatan Dakwah dan Kepimpinan, Fakulti Pengajian Islam UKM, yang juga merupakan ayah kepada sahabat Alif Matiin, Afiq Aiman. kesedihan yang paling dalam kami rakamkan untuk pemergian yang sangat menyentak ini pada april 22 jumaat lalu.
Image
Jumpa kami di PBKL  pada 27 April 2011,
Bilik Kuala Lumpur, PWTC Aras 5, jam 2.30 petang  untuk sesi pelancaran oleh SN Anwar Ridhwan dan  sesi bersama pengarang Bagaimana Saya Menulis.

Image
Topi lebar berpita dipakai Profesor Mariah dalam Dia Dari Penjuru Tahun Lalu, kata teman  yang budiman, Kak Saadah pemain piano dan biola, menghadiahkannya jauh dari Phuket. terima kasih hadiah manis hari lahir  lalu!
Image
Saya kira tidak perlu tunggu hujung minggu, dapur dijadikan ruang terapi dan ekspresi. petang khamis yang lelah sekembali dari ruang kerja, saya segera membuka halaman resepi Mavin Yong,Sentuhan Nyonya dan Aneka Hidangan. pilihan kami ialah ayam kapitan. saya akan letakkan resepinya di catatan tanggah. ya, enak!


Image
Narasi Sebuah Negara Pesona dan surah mulia an Nur: 15 luruh di semua penjuru mata manusianya, ketika kamu ceritakan dengan lidahmu dan kamu katakan dengan mulutmu sesuatu yang tak ada pengetahuan kamu tentang kebenarannya dan kamu kira perkara itu tidak berdosa, sedangkan di sisi-Nya ia tidak terampunkan.
Image
Sejak awal mengikuti Junior Masterchef, saya terpaut dengan Isabella. begitu besar cita-cita anak 12 tahun ini untuk membuka restoran masakan leluhurnya, Italia, bersama saudara kembar yang tidak kurang manis, Sofia. alangkah anak gadis Melayu yang manis dan cantik bahasanya seperti Is-Sofia ini sangat lincah di dapur dengan hasrat sebesar benua. saya simpan cerita ini di catatan tanggah juga.