Seharian mengurus perihal duniawi, usai hari terakhir 1430, saya memasuki masjid dengan kaki letih bercampur gembira untuk mendakap tahun baru. namun aneh sekali masjid sepi; hinggakan saya kembali mencongak, esokkah satu muharam? tapi akhirnya azan maghrib yang lewat, memujuk saya. seusai solat jemaah satu saf, saya memandu membeluk malam yang ada sisa hujan bersama baki hiba kerana tiada yang memimpin doa penutup dan awal tahun. tiba di rumah menghadap berita tv, saya tahu pasukan bola sepak negara menang di Vientiane. oh, saya semakin kesal jika itulah punca si ketua doa, terlewat untuk bersama-sama kami di masjid tadi....

Comments

Salam ziarah,

Ya, penghayatan masyarakat kita terhadap pentingnya 'awal muharam' masih jauh.
Mawar said…
Sdr Zainal

terima kasih atas perhatian.
salam tahun baru!
Tarmizi said…
Entah mengapa tahun baru kali ini seakan-akan kosong tanpa penghayatan dalam diri saya...:(
Norbaya Ma said…
Salam ziarah,

Selamat tahun baru hijrah Dr Mawar..Sayang seribu kali sayang wahai masyarakatku...muharam hanya tiba sekali sahaja walau kita tak mungkin akan berjumpa ia lagi tp masyarakatku lebih memeriahkan sesuatu yang lain...
Pei Pan said…
Salam Maal Hijrah Dr. Masjid sunyi - ramai bersorak Malaysia menang, sampai terlepas solat maghrib =(. Malang.
www.ainolhasanal.blogspot.com said…
Salam Maal Hijrah Dr.Mawar.

Doa yang dititip dan keinsafan yang menguntum adalah 'mawar' harum di ujana fana ini.Lakukanlah kerana-Nya,pasti berjaya dan kekal lama.Entahlah.

Mulakan langkah pertama hijrah menuju ke dalam diri...yang di luar itu sulit untuk kita mengerti...tapi doakan mereka juga...InsyaAllah Sang Penguasa Alam Maha Mengetahui...
Mawar said…
Mizi,
insya Allah ada ruang muharam lagi dan bulan-bulan mulia mendatang. cuba saring peluang dan dakap.
Mawar said…
Norbaya
terima kasih. moga tahun 1431 lebih membawa rahmat.
Mawar said…
Pei Pan,
aduh sedihnya!
Mawar said…
Sdr Ainol

terima kasih!