Bukankah telah Aku katakan kepada kamu, bahawa Aku mengetahui segala rahsia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu nyatakan dan yang kamu sembunyikan? (baqarah: 33). lewat senja kelmarin ada pelangi yang merentang di langit. dengan girang  Alif Matiin menudingnya dari dalam kereta. "semua orang mesti happy lihat rainbow, kan mummy?" hati saya kembang bagai bunga. ternyata anak saya sangat gembira setiap kali melihat pelangi. masya Allah, penciptaan yang indah dengan rahsia milik-Nya. dan kami mula menyanyi lagu pelangi!


Comments

Fathul Khair said…
Assalamualaikum, Dr.

Terima kasih atas komen yang diberikan pada cerpen 'Sfera Bersegi Lima, Sebutir Maruah' di Dewan Siswa April 2012.

Jasa baik daripada pihak Dr. amat saya hargai.
siti norhuda said…
Masya Allah...keindahan ciptaan Allah membuka kita merenung kekuasaan Allah dan siapa kita di sisi Allah. Ya Allah...
Mawar said…
Sdr Fathul
waalaikumussalam

selamat maju jaya dan terus menulis!
Mawar said…
Siti Norhuda
Allahu akhbar!