Comments

Nai Abu said…
Saya baru bercadang nak tanam pokok buluh ni kat rumah...

beginilah nasib bila dah tua...masa kecil dulu nampak comel...

p/s: Ini sebenarnya bahagian hadapan atau belakang rumah Dr? Saya cuba cek di google map..tapi tak berjaya..(gurau je)
Mawar said…
Cikgu Nai
pokok buluh ini cantik, sangat melindungi, tempat berteduh. tapi daun-daun yang mudah gugur, mengganggu tetangga.

ini bahagian belakang rumah. memang tak ada di google map, sebab rumah orang kecil.
Anonymous said…
Salam,

Saya tidak ingat ini pesan daripada siapa; Al-Kindi atau Miskawayh.

Dalam hidup, kesedihan datang daripada dua perkara,

i. kehilangan perkara/hal yang kita sayangi

ii. tidak mendapat apa yang kita ingini

Dan filasat Buddhisme juga menyebut hal yang sama, dua hal (di atas) yang menjadi katalis rasa sengsara manusia di dunia.

Pengorbanan bukanlah satu tragedi, tetapi apa yang membikin hal pengorbanan itulah yang harus kita renungi. Itu pesan Emha Ainun Nadjib dan Kiai Kanjengnya.

Keinginan manusia tak terbatas, walaupun menembusi langit ke tujuh.

Kenapa hal itu berlaku?

Manusia itu manusia.


Wassalam,

Encik Anon
Mawar said…
Encik Anon
ya, saya sedih apabila hilang tempat teduhan. bila saya berdiri di dapur yang menghadap ruang yang sudah lapang, banyak yang saya fikirkan. kebetulan saya sedang membaca "samudera al fatehah" bey arifin, saya kian meyakini kepercayaan akan Zat yang Maha Melindungi!

terima kasih Encik Anon.