Tiba-tiba saya mempunyai tarikh-tarikh akhir menyiapkan pelbagai tugasan, yang sangat panjang. ya Allah! dari tugas rasmi kepada yang melibatkan pihak luar. membaca untuk penilaian, membaca tesis pelajar, membaca teks untuk kerja transformasi, laporan penyelidikan, kertas yang harus dihantar, pengisian untuk bercakap dalam forum,  menyiapkan manuskrip dan ... dan ....rabbi yassir wala tuassir!

Comments

Diana(UKM2006-2009) said…
salam Dr.Mawar....semoga Dr terus kuat menghadapi realiti dunia akademik....Dr ada berita ingin saya khabarkan..PHD saya ditaja biasiswa Mybrain PHD (KPT)....Mohon Dr doakan kejayaan saya....oh ya tajuk saya....JERIS dalam Puisi Tradisional Teks KOMSAS Bahasa Melayu.....Dr Inspirasi kejayaan saya.....
hasni hanna said…
Assalamualaikum Dr. Mawar yang dikasihi,

Semoga Dr dalam keadaan baik dan sihat. InsyaAllah. Selamat berusaha dan semoga berjaya. Semoga kerja-kerja penulisan Dr ini mendapat rahmat Ilahi dan sentiasa dipermudahkan. Amin.

Salam rindu, :)
NASSURY IBRAHIM said…
Begitulah selagi hidup selagi bertugas selagi berjawatan
Nai Abu said…
subhanallah..banyaknya!...kalau ada apa-apa yang boleh saya bantu, saya sedia menolong untuk meringankan bebanan Dr.

berat mata memandang,
berat lagi bahu yang memikul.

berat sama dipikul,
ringan sama dijinjing.

saya memahami situasi yg Dr alami...kadang-kadang semua perkara datang serentak..pengalaman yang menetukan kebolehan kita untuk atasi masalah ini. Moga Allah beri petunjuk untuk menyelesaikannya dengan baik. Sy doakan.
Mawar said…
Diana
ini berita yang membuang semua keletihan saya!
alhamdulillah dan TAHNIAH!

selamat maju jaya.
Mawar said…
Waalaikumussalam
Hasni
insya Allah, terima kasih atas doanya. sangat saya hargai. doa yang sama untuk kejayaan Hasni.

salam rindu!
Mawar said…
Sdr Nassury,
dan selagi wujud...
Mawar said…
Sdr Nai
terima kasih atas perhatian.
terima kasih atas doanya juga.
Diana(UKM2006-2009) said…
terima kasih Dr Mawar atas doamu....doakan kejayaan saya dunia akhirat...)