Terima kasih kepada pengunjung di Gerai MAPIM sabtu lalu. saya sangat berbesar hati menerima sokongan yang diberikan dan sepanjang pengetahuan saya sdr yang mendapatkan NIM bukan dari latar kesusasteraan. luar biasa sekali! semoga sdr mendapat manfaat dari NIM. ada yang bertanya selain dari PBKL, di mana boleh mendapatkan NIM. boleh hubungi saya, akan saya perpanjangkan kepada pihak Penerbit UKM untuk tujuan kiriman. harganya RM60 (493 hlm.) atau kurang lagi jika bertemu penulisnya. terima kasih ya!

Comments

wardah munirah said…
Assalammualaikum, Dr. Mawar.

Semoga sihat ya. Saya tidak dapat menemui Dr. sekarang namun saya tetap menyokong dan mendoakan kejayaan Dr. Gambate :)

Tahniah atas kejayaan buku tersebut.
Mawar said…
Wardah,
terima kasih.
doa saya buat Wardah juga.
Tahnaih Mawarku, hidupkan JPM...saya sayang nama Jabatan lama ini. Setelah angkatan kami pergi....Mawarlah yang mewangikan sastera Melayu di kampus kita (uuuup) UKM. Saya hanya melihat kampus dari jauh, kadang sayu, ketika saya masuk waktu hampir senja, berhentu di depan tasik...tapi sudah tidak ada sesiapa untuk saya melambai tangan.....Sofinah terjaring rindu palma di situ.
Mawar said…
Bonda Siti
sejujurnya, saya terlalu kecil dan lemah untuk mengharumkan nama JPM sendirian. saya sangat rindukan Dr Siti Zainon Ismail, Dr OP, Dr Sahlan, Dr Mana, Dr Sidek, Dr Shafei, Prof Muhammad, Prof Siti Hawa, Dr Pozi, En Yusof...oh alangkah kalau saat ini semuanya bersama-sama kami! doakan saya bonda...
Faizah Azaman said…
Dr. Saya mencari NIM di DAWAMA dan Utusan Publication. Kata Encik Radzuan, DAWAMA hanya ada kumpulan cerpen MASITAH. Puas juga saya mundar-mandir sambil mengagak-agak penerbit sebenar NIM. Boleh saya beli terus dari Dr. bersama autografnya?
Mawar said…
Faizah yang tercari-cari,

terima kasih. NIM sepanjang PBKL ada di gerai MAPIM. selain itu ada di kedai buku universiti dekat dengan Dataran Canselori, UKM. atau terus ke bilik kerja saya di FSSK. jumpa nanti ya!
Mohd Tarmizi Hasrah said…
Assalamualaikum Dr.

Akan "menyambarnya" apabila keadaan diri mengizinkan...:)
Ilham Ainol said…
salam hari Rabu Dr. Mawar,
semalam sempat menjengah MAPIM sempena PBAKL 2010. Buku Dr Mawar memang gah di rak. selaku ajk membeli buku,saya cadangkan buku Dr.dibeli oleh Perpustakaan Tun Dr Ismail UiTM Johor. Buku tersebut bakal menambah khazanah bangsa sekali gus 'mencerdikkan' minda dan 'menajamkan' pena rasa anak bangsa.
Syabas!
Bengkel Pemurnian karya kreatif UiTM Johor bakal meluncur di pantai Kampung Mukut, Pulau Tioman,pada 22-24 Jun 2010, boleh Dr. lapangkan masa pada tarikh tersebut?
Mawar said…
Tarmizi,
terima kasih ya!
Mawar said…
Sdr Ilham
terima kasih atas usul itu.
ia perangsang untuk saya menulis lebih banyak dan lebih baik, insya Allah.

saya sudah maklumkan Syima. saya mohon maaf tidak dapat ikut serta di pulau cantik itu... :-(
saleeh rahamad said…
Simpan untuk saya satu berserta tandangatangan paling cantik.
Mawar said…
Dato' Saleeh,

Pencerekaan dalam Novel Sejarah pun masih belum bertanda tangan paling cantik...:-)
RayyanZilfi said…
Salam! Dr Mawar, syabas!
Saya tidak berkesempatan pada Sabtu itu, maklumlah bertugas di gerai majikan di Legar Putra..agak terkilan, apapun hati sedikit terubat bila tengahari semalam dapat bertemu Dr Anwar Ridhwan di pentas utama..lalu di situ utk makan tengahari.Harap sangat dapat membeli buku Dr itu.
Mawar said…
Rayyan,
tidak mengapa. terima kasih atas ingatan.
saleeh rahamad said…
Saya juga jadi wakilbeli buku untuk perpustakaan UM dan buku Mawar serta buku Dr Jelani Harun jadi sambaran saya. Buku The Epic of Hang Tuah berharga RM250 pun saya sambar. Tak tahu berapa ribu habis. Pertama kali ditakdirkan saya diminta pilih buku. Memang nahaslah haha
najibah said…
Dr Mawar, tahniah atas kelahiran buku terbaru. Buku yang cantik ini sudah sampai ke Arkib PTSL dua minggu lepas :) - kelihatan gah sekali, membuat saya geram untuk memiliki, walaupun belum berjejak lagi mengenai intertekstualiti.
Anonymous said…
Oh...dari Negeri Atas Angin yang jauh...rasanya ingin sekali hatiku membaca buku baru dan penting karya Dr. Mawar Shafei. Tapi apa daya aku seperti menjangkau bulan. Mudah2an akan ada buku itu di perpustakaan di universitiku. Oh...sampaikan salamku kepada Kakak Puan Siti Zainon Ismail. Bernyanyi bersamanya di suatu malam cerah di Bangi beberapa tahun yg lalu sulit aku lupakan. Kelmarin aku membuka DEWAN SASTERA edisi2 tahun 1980-an, kutemukan sajak2 dan gambar2 Puan Siti Zainon dikala masih muda: cantik manis...tipikal gadis Melayu keturunan Pagaruyung.. Akhirnya....tahniah kepada Dr. Mawar. Berjayalah Dr. hendaknya....di Kampus Bangi...dan juga di ranah kesusasteraan moden Malaysia.... selalu penuh dengan asa.....sepanjang masa....
Mawar said…
Dato Saleeh,
saya juga pernah dipanggil untuk jadi tukang pilih buku perpustakaan universiti beberapa tahun sudah di PBAKL. beribu juga saya gunakan, tapi tahun ini tidak dipanggil, mungkin mereka serik!?
Mawar said…
Najibah,
terima kasih!
Mawar said…
Anonymous,
terima kasih!
Mawar , lucu juga sabtu semalam , saya singgah di gerai UKM. Terkejutjuga ada yang tahan saya, minta tanda tangan untuk buku
Pakaian Cara Melayu....Dah ulang cetak ke 3, baru saya tahu....terima kasih UKM....cuma kalau penerbit beri tahu lagi lebih GUMBIRA NYA HATI...hahaaa salam ke warga PPBKKM
Mawar said…
Bonda Siti,
aduhai, mengapa begitu pula jadinya?