Saya jarang sekali turun ke kantin dan percaya “makan sambil bekerja” adalah sebaiknya; atas alasan kebersihan, jimat masa, perlukan ruang bersendiri (baca: rehat) dsb. maka saya membawa bekalan dari rumah. tetapi sering juga saya mahu menafikan kesibukan (baca: “anti-sosial”) itu dengan mengangkat telefon atau mesej mana2 teman untuk makan tengahari bersama. tapi alangkah kecewa bila jawapan yang diterima, "hey, saya dalam mesyuarat ni. maaf. selamat makan ok!" foto ini saya rakam saat bersarapan di hadapan Pantai Kuta. lebah ini juga sibuk bekerja!

Comments

salam kanda,
setiap foto yang kanda sisip, menyimpan makna. tersenyum dinda menatap foto ini.
Wan Nor Azriq said…
salam kak mawar,
saya pun setuju dengan abang rendra :)

saya masih tinggal satu semester di unitar.mungkin dalam bulan jun saya habis.

sekarang tengah siapakan cerpen baru.teringin sekali nak bagi kak mawar baca :)
Noridah Kamari said…
Hi Dr Mawar,
Kesian lebah tu macam tipah tertipu, tak dapat bezakan antara yang palsu dgn realiti. Gambar yang buat saya ketawa seorang diri.
Konsep makan sambil kerja lebih praktikal. Ramai yang 'makan-makan' daripada 'makan' jika keluar makan. Melainkan untuk tujuan sosial dan mengukuhkan ukhwah, lebih baik makan sendiri-sendiri. Selalu kecewa dengan sikap tipikal pengawai kerajaan yang waktu kerjanya habis dengan minum-minum sahaja. Ayahanda dan bonda saya antara orang yang tidak pernah minum di kantin walaupun pada waktu rehat. Mereka bawa bekal dan makan di tengah hari di rumah dan solat, kemudian masuk kerja semula. Sebagai anak saya berbangga kerana hasilnya berkat kepada kami adik beradik. Alhamdulillah.
Anonymous said…
Nice pic...never thot abt that angel...Dr M, awak memang kreatif...

Sha
SETETES EMBUN said…
Salam, sahabat. Aduuhh, saya ikut tersindir !!!
syed saiful said…
salam DR mawar..
saya bersetuju dengan pandang kak NIsah, memang agak mengecewakan saya terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan khidmat kakitangan awam, walaupun kaunter yang disediakan banyak.
Sedangkan pegawai yang berkenaan bersilang kaki menhirup aroma rasa.
Mawar said…
Dinda Renku,
ya, pastinya begitu dong!
Mawar said…
Azriq

selamat maju jaya. boleh saja, silakan. saya senang membaca cerpen anak muda MPR!
Mawar said…
Noridah
ya dunia hari ini juga begitu. kita sering ditipu dengan "dunia" itu sendiri...terima kasih Nor.
Mawar said…
Nis
tahniah kerana menjadi anak yang alim dan mendapat didikan yang terpuji. amin.
Mawar said…
Sha
setiap manusia punya kreativiti masing2, anugerah Allah. awak pun apa kurangnya!
Mawar said…
Syed
ya, jadi kalau sudah bergelar pegawai kerajaan nanti, harus ubah sikap dan pemikiran BURUK itu!
Begitulah kadang kita kehilangan kawan. Mujur juga ada sahabat lain yang kerap mengganggu, seperti sahabat baik saya sekarang, sekawan monyet yang melompat-lompat ketika dihulur pisang.Atau kalau tanpa makanan, dengan rasa bahagia mereka akan masuk ke serambi, tembus ke dapur, meloncat, membuka tin biskut, kalau ada botol madu , lagi lah mereka bersorak -sorak sebelum menghempas, botol pecah berderai...tapi saya gembira melihat telatah sahabat-sahabat ku ini. O00h kampus Bangi, kadang rindu kadang benci....oouuup, Mawarku!
Mawar said…
Oh Bonda CT
jangan dibenci kampus hijau ini walau ada ia dalam hati...