Membaca tajuk dan isi berita Buku Teks Sastera Interlok, ditarik Balik, membuat kesal lama kembali berhimpun dan mengenang pendeknya akal manusia. saya seperti mahu sekali lagi menziarahi Ayahanda Abdullah Hussain di PJ dan menyatakan dengan sungguh-sungguh, saya banyak belajar dari Interlok sejak membacanya zaman mahasiswa. saya diasuh mengasihani sesama manusia dan saya hampir tidak mengenal warna mereka.

Comments

M. Fakhai MD said…
Assalamualaikum...
begitulah keadaannya... Interlok banyak memberi mesej kepada saya selepas membacanya semasa sekolah...

wajarkah mereka berbeuat demikian??
Mawar said…
waalaikumussalam Sdr M. Fakhai

tahniah kerana sastera bermanfaat buat sdr. dan sdr tentu ada jawapan terhadap soalan itu...
Faizah Azaman said…
Salam,

Dr. Mawar, pertama saya suka sekali layout merah jambu dengan kelopak mawar yang segar di 'header'nya.

Kedua, saya sangat 'tersinggung' apabila Interlok telah ditarik setelah ia siap menemui calon SPM 2011. Ia karya besar yang mengangkat isu besar untuk disuguhkan kepada anak bangsa. Mengapa ia tidak dibahaskan sebelum ditarik balik. Saya menyimpan keyakinan, kefahaman pembaca berbeza apabila karya itu tidak disebak lapis makna yang ketiga atau keempat. Moga digantikan dengan karya besar untuk dikulum dan dihadam calon SPM 2011 nanti!
Rositah Ibrahim said…
Salam,
Sayapun hairan...dan sangat-sangat kesal.Saya yakin ramai yang berkongsi perasaan yang serupa dan hanya setakat menggeleng-geleng kepala kerana kehilangan kata.
saadah said…
Prof. Madya Dr. Mawar, ...saya secara automatik mahu kembali membaca Interlok setelah lama ditinggalkan...mencari-cari di mana saya letakkannya di celah-celah timbunan buku... ...yang banyaknya seakan-akan mahu menghempap saya...kalau tak jumpa juga saya tak teragak-agak untuk meminjamnya di ATMA
M. Fakhai MD said…
ya. saya punyai jawapannya...
afyassin said…
Sdr, sebentar saya menjengah blog sdr. Lama juga rasanya kita tak bercakap nogori. Harap Sdr masih petah lagi. Bung Dollah,dulu seangkatan dengan saya semasa bertugas di DBP dulu, bersama Tongkat, Keris Mas, Noor Azam dan Saleh Daud juga Pak Dharmawijaya. Kami banyak bercakap tentang sastera. Banyak berguru dengan Bung. Apakan daya Bung begitu uzur sekarang. Masih saya ingat beliau kalau ke pejabat mesti pakai baju Melayu cekak musang.
Mawar said…
Sdr Faizah
terima kasih kerana sukakan warna baru di 'rumah' saya.

tahniah kerana mengasihani sastera Melayu. ya, karya sastera dibaca secara kontekstual. harus lebih pragmatik!
Mawar said…
Itah,
ya, banyak yang kita gelengkan sejak sekian lama...
Mawar said…
Pn Saadah, puan editor @ penulis cerpen,

saya rasa tidak perlu teragak-agak. boleh terus dapatkan @ beli sebelum ia diTARIK BALIK pula dari pasaran. saya juga mahu dapatkan segera. interlok lama saya sudah dicuri orang!
Mawar said…
Pak AFY yang seh sogani,

alhamdulillah seh masih cubo memperbaiki bahaso nogori seh ni. yo, seh sodih bonar mengonangkan Pak Lah yang membaco atau dibacokan berito 'tarik balik' ni. kenangan seh bersamo Pak Lah dalam bas dopan dewan untuk ke hentian bas KL duo puloh tahun lalu. sompek cerito novel konserto. cerito lamo ini Pak Lah cerito semulo waktu seh ziarah tahun ini. bayangkan ingatannyo! subhanallah!

buat Pak AFY, semoga terus sihat dan sihat.

ps: macam mano cakap nogori seh ni...?
TO' BAH said…
OSAH HE BEST. MEMANH SOSUAI SANGAT JADI ORANG MONDO. BUKAN CALANG2 ORANG BOLEH CAKAP NOGORI NI. ESE KAGUM. HAYO GOLO DEK EH!
Pei Pan said…
Utusan keluarkan berita Interlok tidak di tarik balik dan tak pernah tarik novel tersebut. Itu kenyataan dari Menteri Pelajaran.

Tapi ketika saya mencarinya di kedai berhampiran katanya sudah tak boleh di jual walaupun edisi pelajar.

Berita mana yang boleh dipercayai agaknya - di tarik atau tidak?
Mawar said…
Pei Pan
saya pun selalu keliru dengan laporan akhbar...