Tulisan saya tentang Interlok di Mingguan Malaysia, disember 26 2010.
terima kasih tuan editor, Ku Seman Ku Hussain atas penyiarannya.
maaf, hanya saya paparkan keratan atas sebab ada iklan di bawahnya!

Comments

Salle Sulieman said…
Assalamualaikum Dr Mawar,

Saya sempat membaca artikel ini dalam web Utusan. Terima kasih kerana mempertahankan novel ini.
Mawar said…
Salle,
terima kasih kerana ambil peduli tentang dunia kecil kita!
Saya sedang membaca Interlok sambil mencari erti rasis sebenar. Kalau boleh diambil dacing untuk menyukat nilaian rasis, rasanya tidak terhitung, walhal ia adalah sorotan kehidupan pada awal-awal pembentukan sebuah (negara) bangsa. Sayang seribu kali sayang!
diskopi said…
Masyarakat kita secara sistematiknya terpisah dari segala sisi lalu mengehadkan interaksi dan ini antara yang cuba digarap melalui Interlok.

Sayangnya sejarah Malaysia sering dibaca (hatta dalam sukatan pendidikan segali pun) dari kaca mata politik yang tebal partisan, hingga memlentur sikap kita terhadap kaum lain.

Segala macam isu sering diselaputi selut perkauman yang tidak mudah diseka.

Bagi saya, reaksi terhadao Interlok adalah manifestasi kegagalan bangsa ini menemukan bentuk dan rupanya.