Undangan Walimah


Saya menerima kartu undangan walimah yang istimewa. Bukan sahaja tarikan rekabentuknya. Ia dikirim seorang yang saya kenali lama dahulu, ya genap 20 tahun. Kemudian saya lebih mengenali susuk ini sebagai seorang yang masyhur dalam bidangnya, neurofizik. Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah, pertama kali saya lakukan review kumpulan puisinya, Lawatan Lain (DBP, 1995). Lama kemudian saya mengundangnya bercakap tentang fizik dan puisi dalam SAKM. Benar, Profesor Watwa (gelar saya kepadanya) susuk  sederhana dan sarjana yang penuh kerendahan hati. Sehingga dalam kartu undangan puterinya ini, dalil yang jelas. Hanya dicatat dari Encik Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah...subhanallah! Berbanding  kebanyakan kad jemputan yang saya terima penuh dengan gelar serta kedudukan malah lulusan akademik!
Tahniah Profesor Dr Wan dan isteri kerana menerima menantu. Terima kasih sejak awal dulu mengasuh saya jadi sederhana.


Buku Prof Watwa





Comments