Suatu petaka, apabila saya dapati Naratif Ogonshoto versi Matahari tiada di rak buku. ketika masih mencari-cari itu (masih menaruh harapan), saya dapati Naratif Ogonshoto versi Arsalia juga tiada. hei, ini petaka berganda bila dua buah buku yang sangat bermakna, hilang daripada simpanan. ada sesiapa yang pernah saya pinjamkan?

Comments

wardah munirah said…
Assalammualaikum, Dr. Mawar.

Saya juga mempunyai kedua-dua novel sama yang sangat bermakna itu. Harapan saya semoga Dr. akan menemui kembali kedua-duanya itu.
aduhai kanda memang getir bila buku yang bermakna hilang dari rak; saya pernah mengalaminya, boleh jadi murung seharian :(, pun, sabarlah. cari perlahan-lahan. dan kalau ada sesiapa meminjamnya, tolonglah pulangkan segera, nama pun pinjam, jangan jadikan ia harta kita!
Mawar said…
wardah
ya harapnya. saya masih mencari-cari... terima kasih.
Mawar said…
Dinda Kay,
ya memang geram jadinya bila sangat memerlukan untuk rujukan. sesiapa yang meminjam, tolong pulangkan!
ardisia said…
Saya pun kehilangan beberapa buku (dipinjam oleh seseorang) yg salah satunya bertajuk ringkas tapi bermakna buat saya "Nurul Anak Papaku", siap ada tanda tangan penulisnya.
Mawar said…
Ardisia,
wah, itu benar2 petaka!